JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Sunday, May 19, 2013
Speaker tolak 5 soalan mengenai rasuah Taib Mahmud ?
KUCHING : Dua rang undang-undang kerajaan iaitu Rang Undang-undang Bekalan Tambahan (2012) 2013 dan Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota DUN (Pencen Imbuhan dan Gratuiti) 2013 - akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula Isnin, kata Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar Ahad.
Beliau berkata Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh akan membentangkan kedua-dua rang undang-undang itu.
"Rang undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota DUN (Pencen Imbuhan dan Gratuiti) 2013 bertujuan untuk disemak semula dan meningkatkan imbuhan dan gaji Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kanan, Speaker, Timbalan Speaker, anggota-anggota Dun dan setiausaha politik," katanya.
Semakan terakhir rang tersebut dibuat pada 1980. Beliau berkata sejumlah 282 soalan akan dikemukakan pada sidang itu dijadualkan dari 20 hingga 29 Mei. Lima soalan ditolak. Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment