JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, September 17, 2010

Air Bersih di Kelantan ? Selesaikan dulu di Sabah dan Sarawak - Wan Zainal


Umno yang tersungkur di bumi Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu dan sehingga kini pelbagai Bahagian Umno di negeri itu masih dalam status haram, kian terdesak apabila kononnya mahu memberikan air bersih buat rakyat di Kelantan.

Anehnya, Sabah dan Sarawak yang dicengkamnya sejak puluhan tahun lalu, sehingga kini dinafikan hak mereka berhubung air bersih termasuklah pada sambutan Syawal baru-baru ini walaupun kedua-dua negeri itu sering dipropagandakan sebagai simpanan tetap BN oleh bosnya, Najib Razak.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak, Haji Wan Zainal Wan Sanusi berkata, tindakan Umno-BN di Kelantan itu sekadar retorik politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, Sarawak yang kekal dalam cengkaman rejim BN sejak negeri itu menyertai Malaysia 47 tahun lalu pun gagal menikmati air bersih inikan pula mahu melakukannya di Kelantan ?

"Kita menghargai niat Umno itu untuk memberikan air bersih,itu pun kalau betul sebab pemimpin BN ada yang berjanji tetapi banyak juga yang dimungkiri.

Persoalannya bagaimana dengan negeri yang kamu perintah di Sabah dan Sarawak ?

Kamu bising berkaitan air di Kelantan yang diperintah PAS kira-kira 20 tahun termasuk hak royalti di rakyat negeri itu yang kamu nafikan, tetapi kamu terbukti gagal membekalkan air bersih di Sarawak yang kamu perintah hampir 50 tahun," Soalnya.

Wan Zainal turut mengecam alasan segelintir pihak bahawa keluasan Sarawak antara punca banyak kawasan di negeri itu gagal mendapat bekalan air.

"Kalau keluasan dijadikan alasan, bukankah Sarawak memiliki hasil bumi yang banyak?

Saya yakin bukan setakat air bersih, hatta air percuma pun mampu dinikmati rakyat di Sarawak jika pengurusan ekonomi dan wang rakyat tidak dibazirkan termasuklah kekayaan yang melimpah ruah dikalangan pemimpin tertentu dalam BN berbanding kemiskinan berterusan yang menghimpit majoriti rakyat di negeri ini.

Sekiranya rasuah sifar di Sarawak dan setiap sen wang rakyat diuruskan dengan penuh amanah saya yakin rakyat Sarawak mampu menikmati air bersih secara percuma dan kami dalam Pakatan Rakyat mampu melakukannya jika diberi peluang menawan negeri ini pada Pilihan Raya negeri akan datang," tegas beliau.

Air Percuma antara manifesto PKR bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini.

Beliau berkata demikian kepada KABAR sebagai mengulas propaganda Umno bahawa parti itu kononnya mahu memberikan air bersih kepada rakyat Kelantan jika berjaya merampas kubu kuat PAS itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau ketika ini berada di Dun Sadong Jaya bersama beberapa pimpinan PKR termasuklah Naib Presiden PKR, Azmin Ali dalam gerak kerja pilihanraya bagi menawan Sarawak menjelang Pilihan Raya di negeri itu yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Turut serta di majlis itu, Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman Exco Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Terdahulu, seorang pengetua di Sarawak mendedahkan bahawa kanak-kanak di salah sebuah sekolah di negeri itu terpaksa bermandi air lumpur (gambar bawah) sejak lebih 35 tahun lalu.

Manakala akhbar tempatan Sabah pada 14 September lalu melaporkan bahawa kira-kira 7,000 penduduk kampung di kawasan Weston dan Lubok terjejas pada sambutan 1 Syawal lalu akibat ketiadaan air di kawasan mereka.

Bekalan air turut 'bercuti' sempena hari raya

14th September, 2010 - NST


WESTON: Penduduk Weston dan Lubok, merungut dan kesal apabila berdepan masalah bekalan air di saat umat Islam sibuk menyambut ketibaan syawal.

Ketibaan 1 syawal yang sepatutnya disambut meriah menjadi hambar kerana ketiadaan bekalan air.

“Malah ramai diantara mereka yang pulang awal ke kota. Ketiadaan bekalan air bermula sehari sebelum hari raya sehinggalah ke hari ini,” kata beberapa penduduk yang kecewa dengan Jabatan Air.

“Mana tidaknya kami kecewa kerana bermula hari raya sudah tidak ada air, bukan saja segala pinggan mangkuk dan pakaian tidak dapat dicuci malah untuk mandi dan masak pun susah nak dapatkan bekalan air.

Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana beberapa hari sebelum hari raya bekalan air tidak bermasalah walaupun terpaksa ikut jadual namun mengapa perkara ini boleh berlaku pada setiap kali menjelang hari raya dan inilah yang menjadi persoalan kepada Jabatan Air.

Terdapat hampir lima ribu penduduk Weston dan lebih 2,000 penduduk di Kampung Lubok Weston, terjejas akibat ketiadaan bekalan air bermula sehari sebelum hari raya sehingga ke hari ini.

Sambil berseloroh, beberapa penduduk mengatakan “bila cuti hari raya, bekalan air pun turut sama bercuti,” kata mereka.

1 comment:

Jollybee said...

Betul, cakapan itu air bersih tidak terdapat 50% kediaman penduduk Sabah & Sarawak. Bandar yang memproses 1 juta gallon air bersih sehari, tapi lebih separuhnya hilang tanpa sebab-sebab munasabah.

Kenapakah pam air, genset, chainsaw, bumbung atap dengan makanan antara barangan yang paling diperlukan? Adakah negeri Sabah and Sarawak negeri DIY selama 50 tahun?

Siapakah yang paling takut hilang kuasa sehinggalah MyKad pun sanggup diberikan kepada pendatang asing masa pilihanraya. Akibatnya Malaysia menambah lebih 2 juta penduduk asing. Seorang pemegang MYKad mengistiharkan bahawanya raja baru dari Sulu di Sabah. Adakah Bersih menyelamatkan Agong and rakyat Malaysia semua daripada perkara di atas?