JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, November 30, 2011

Skandal Kondo Lembu : Rosmah mula campur tangan

Walaupun Datin Seri Rosmah Mansor bukanlah pemimpin Umno dan bukan Ketua Wanita Umno, namun isteri Perdana Menteri itu terus mencampuri urusan parti Umno.

Terbaru, Isteri Datuk Seri Najib Razak itu 'menasihatkan' wanita Umno agar mematahkan apa yang didakwanya sebagai fitnah pembangkang terhadap pemimpin BN.

Tanpa menyebut isu secara spesifik, Rosmah mendesak pergerakan wanita pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab 'apa jua kenyataan pembangkang' yang disifatkannya sebagai fitnah itu adalah persediaan Umno menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Ini kerana sikap berdiam diri di kalangan ahli Umno hanya melemahkan Umno. "Tidak dinafikan wujud pihak yang bersikap talam dua muka, sanggup menjadi gunting dalam lipatan dengan hasrat memporak-perandakan kerajaan sedia ada," katanya seperti dilaporkan Bernama, ketika berucap pada Majlis Makan Malam Skuad Sayang Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 November lalu.

Kenyataan Rosmah ini sekaligus membuktikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa isteri Najib itu banyak mempengaruhi perjalanan politik dan pemerintahan negara.

Malah, Rosmah juga menjadi tetamu kehormat untuk memeriksa perjalanan terakhir perjalanan belanjawan persekutuan yang dibentang Najib pada 7 Oktober lalu.

Mengenai skandal Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) atau juga dikenali skandal 'Kondo Lembu', umum mengetahui betapa akrab dan rapatnya Shahrizat dengan Rosmah.

Namun, kenyataan Rosmah itu jelas menunjukan kebimbangannya jika skandal 'Kondo Lembu' gagal dijawab, kerajaan persekutuan pimpinan suaminya bakal tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jika ia berlaku, maka sukarlah Rosmah untuk berjoli dengan wang rakyat sebagaimana pendedahan konsisten Suara Keadilan, Harakah dan media alternatif lain mengenai sikap boros Rosmah.

Malah,pendedahan itu sehingga kini tidak dinafi dan jauh sekali dari dijawab Najib atau Rosmah sendiri.

Sebab itu, Rosmah sangat bimbang dengan skandal Kondo Lembu ini dan tidak menghairankan mengapa Shahrizat tiba-tiba bersuara untuk menjawab isu itu di Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Kenyataan Shahrizat itu datang selang dua hari selepas Rosmah memberi 'amaran' di PWTC pada 28 November lalu.

Sebelum ini, umum tahu Shahrizat sentiasa mengelak dari menjawab skandal Kondo Lembu, malah sejak isu itu muncul, Shahrizat terus ponteng dari menghadiri sidang Parlimen yang akan tamat awal bulan depan.

Terbaru, dana NFC diseleweng lagi untuk tujuan membeli kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada 2009.

“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini.

Menurutnya, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Livestock Corporation (NMLC), syarikat milik keluarga Shahrizat untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada 2009.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasutioan mendesak Shahrizat menyatakan siapa yang bercuti hasil dana NFC yang diseleweng itu.

"NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services. "Sila nyatakan siapa yang pergi bercuti guna dana NFC ini.

“Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?” ," soalnya.

Berikut pula berita mengenai Rosmah yang mengadakan pertemuan tertutup dengan Kelab Umnno di luar negara.

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dinasihat supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin atau fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di Internet.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa memberikan nasihat itu berkata, sebagai golongan terpelajar mereka tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu berita sebaliknya perlu menggunakan kewarasan akal untuk menilai kesahihannya.

“Jangan dengar fitnah…mereka ada peluang untuk belajar di luar negara, gunakan peluang itu dan gunakan akal fikiran untuk nilai sebarang isu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Kelab UMNO Luar Negara di sini pada 3 Disember lalu.

Rosmah berkata, pelajar berkenaan juga perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh semasa di luar negara untuk membantu kerajaan menjayakan segala program yang diatur terutama dalam bidang pelajaran.

“Saya nasihatkan pelajar ini belajar bersungguh-sungguh, mana yang baik bawa pulang ke Malaysia untuk bantu kerajaan dan mana yang tak baik tinggalkan,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan itu, Rosmah berkata, ia dibuat sebagai memenuhi permintaan pelajar berkenaan yang ingin mengetahui pelbagai perkara termasuk Program Permata Negara yang dinaunginya.

Pertemuan dihadiri 65 perwakilan dari lima Badan Perhubungan Negara iaitu United Kingdom, Indonesia, Australia-New Zealand, Mesir dan Rusia. — Bernama

3 lagi akta kaitan m'siswa perlu dipinda

Tiga lagi akta berkaitan mahasiswa juga perlu dipinda bagi memastikan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 mencapai matlamat membenarkan golongan itu berpolitik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, akta itu ialah Akta Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Universiti Teknologi Mara 1976 dan Akta Institusi Pendidikan( Disiplin) 1976.

“Ketiga-tiga akta ini harus dipinda agar konsisten dengan pindaan AUKU yang diumumkan baru-baru ini.

“Pindaan itu mestilah bersifat progresif, komprehensif, tidak regresif dan tidak menyekat,” katanya pada sidang media selepas menjadi juri Pertandingan Akhir Pidato Politik Piala Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam (29 November 2011).

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibawa ke Parlimen pada sesi tahun depan dan tidak dibuat secara tergesa-gesa.

“Kita akan adakan sesi taklimat dengan pertubuhan pelajar dan belia, parti politik, kakitangan akademik termasuk Majlis Profesor Negara serta pihak yang menaja pengajian sesetengah mahasiswa,” katanya.

Monday, November 28, 2011

Najib bimbang, dirinya senasib rejim Mubarak

Najib: Umno perlu reform atau hadapi Arab Spring
Nigel Aw
12:40PM Nov 28, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab.

"Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa.

"Tetapi tidak kira betapa berjayanya kita atau begitu banyak kejayaan di negara ini kerana usaha kita, landskap hari ini berbeza. Rakyat dan pengundi hari ini mahu mengetahui tentang hari ini dan masa depan," katanya semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kualz Lumpur.

Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar.

"Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar."

Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi.

justeru, menurut Najib, adalah "amat penting" bagi Umno dan BN dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan.

Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.

"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.

"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya.

Friday, November 25, 2011

Cybersecurity: Berhati-hati kongsi maklumat peribadi

CyberSecurity Malaysia hari ini menasihatkan para pembeli-belah dalam talian agar berhati-hati apabila berkongsi maklumat memandangkan serangan keselamatan siber kini kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Prof Datuk Husin Jazri berkata antara Januari dan Ogos, sejumlah 13,173 jenayah siber seperti penipuan, komplot dan cubaan pencerobohan terhadap pengguna internet telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia.

"Berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, kami hanya menerima 6,206 insiden yang bermakna jenayah telah meningkat 112 peratus tahun ini," katanya dalam taklimat media bersama mengenai Keselamatan Beli-belah Dalam Talian dan Mudah Alih dengan PayPal.

Husin berkata kes-kes penipuan ialah penyumbang utama kepada jenayah siber yang menguasai 35 peratus atau 4,574 kes, sementara penipuan pembelian dalam talian 12 peratus atau 565 insiden dari Januari hingga Oktober.

"Penipuan yang dijalankan dalam talian kini sudah sama dengan penipuan di jalanan dan internet. Oleh itu, peluang untuk mendapatkan semula wang amat tipis," katanya.

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna, terutamanya pembeli-belah dalam talian, CyberSecurity Malaysia telah berganding bahu dengan Paypal untuk menyediakan peringatan kepada para pembeli-belah Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kempen, mereka akan menjalankan kempen kesedaran bersama untuk berkongsi tip-tip keselamatan di radio, media cetak dan dalam talian.

Pengarah urusan PayPal (Asia Tenggara dan India) Elias Ghanem berkata kerjasama ini akan mempromosikan Disember sebagai bulan beli-belah dalam talian yang selamat kerana ia merupakan musim puncak untuk rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian yang mengambil peluang akan tawaran istimewa yang ditawarkan.

"Bagi kekal selamat sepanjang tempoh beli-belah dalam talian yang paling sibuk ini, kami menggesa agar mereka mengamalkan "membeli-belah tanpa amalan perkongsian" dan mendapatkan perlindungan pengguna, terutamanya ketika membeli dari laman sesawang seberang laut," katanya.

Ghanem berkata PayPal turut menawarkan dasar perlindungan pembeli yang melindungi para pembeli dalam talian jika mereka tidak menerima barangan yang mereka beli dari laman sesawang yang menerima PayPal atau mereka menerima barangan yang berbeza daripada yang terdapat di laman sesawang.

PayPal ialah perniagaan e-perdagangan berpangkalan di AS, penyedia untuk cara yang lebih cepat dan selamat untuk membayar dan mendapat pembayaran dalam talian.

- Bernama

Tuesday, November 22, 2011

Ibu EMAS milik Malaysia

Kejayaan Malaysia mengekalkan pingat Emas pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 kali ini bolehlah disifatkan sebagai Ibu EMAS.

Ini kerana dalam banyak-banyak pingat EMAS yang di pertandingkan, Bola Sepak adalah yang paling mencuri tumpuan.

Malaysia yang bermula diundi dalam 'Kumpulan Maut' bersama pasukan-pasukan besar dalam Kumpulan A akhirnya berjaya bergelar Juara.

Dengan kemenangan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu, Malaysia mengekalkan emas kali buat kali kedua berturut-turut.

Pasukan negara mengatasi Indonesia menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 pada masa tambahan permainan.

Malaysia menyudahkan empat gol lawan tiga menerusi penalti untuk menang 5-4.

Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima.

Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat.

Monday, November 21, 2011

Ciri-ciri pencacai Umno

Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat.

Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua.

Saya kata “Islam itu adil untuk semua” maka mereka menjawab “Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja”.

Saya kata “Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya” mereka menjawab “Khalid Gereja ni kalau jumpa nak bagi penendang”.

Saya kata “Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam” mereka jawab “Kamu dah murtad sekali ya Khalid?”

Saya kata “Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, kaedah yang tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri” mereka jawab “Khalid sokong ummat Islam dimurtadkan”.

Saya kata “Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat” mereka jawab “Di antara JAIS dan Gereja, Khalid percaya Gereja!”

Saya difahamkan pencacai UMNO ini mendapat elaun setiap kali komen mereka disiarkan, WalLahu 'Alam. Mereka gunakannya sebagai bukti untuk membuat tuntutan atas kerja yang mereka lakukan.

Saya sebenarnya tidak keberatan untuk menyiarkannya supaya semua pengunjung boleh melihat kerenah dan perwatakan mereka secara jelas.

Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya.

Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka.

Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka.

Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian.

oleh Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Thursday, November 17, 2011

Caterham Jet idea saya - Tony Fernandez

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez mengakui penubuhan syarikat baru diberi nama Caterham Jet antara ideanya hasil perbincangan dengan pengurusan Air Asia.

"Buat masa ini tidak ada Caterham Jet. Ia hanyalah idea yang timbul hasil perbincangan yang dilakukan," katanya dalam sebuah majlis pada 14 November lalu, lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas Pengarah Strtegi KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoal tindakan Tony mahu menubuh syarikat baru yang dibimbangi menjejaskan komitmen Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) antara MAS dan Air Asia yang dimetrai sebelum ini.

"Ia adalah sama dengan menaiki jet peribadi tanpa perlu memilikinya dan jika idea ini yang sasarannya untuk pasaran premimum (pasaran yang lebih mahal), ia akan dikendalikan MAS," katanya.

Air Asia kini memiliki kepentingan sebanyak 20 peratus dalam MAS berbanding MAS yang hanya dibenarkan mendapat 10 peratus sahaja dalam Air Asia melalui CCF.

Pemerhati melihat, usaha ini adalah antara cara halus Tony menguasai MAS dalam masa jangka panjang.

Sebaik CCF antara MAS dan Air Asia dimeterai baru-baru ini, firefly, antara anak syarikat MAS yang mengendalikan penerbangan murah di beberapa destinasi dalam negara, menamatkan beberapa penerbangannya serta-merta.

Kebanyakan laluan yang ditamatkan itu adalah di Sabah dan Sarawak di kawasan yang sangat sukar di laluan jalan rayanya.

Dalam bahasa mudahnya, CCF itu menzalimi penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak kerana penerbangan Firefly memberi harga tambang lebih murah berbanding Air Asia yang hanya mengiklan murah 'untuk beberapa kerusi' namun harga sebenar yang dibayar oleh rakyat jauh lebih mahal.

Penamatan dilaluan luar bandar oleh Firefly itu antara syarat yang terkandung dalam CCF.

CCF ditentang hebat banyak pihak termasuk kesatuan sekerja MAS yang menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan perjanjian itu berat sebelah dan hanya menguntungkan Tony dan suku sakatnya.

Malah, pekerja Air Asia turut memberitahu, hasil perjanjian itu, mereka tidak mendapat apa-apa.

Dalam masa jangka panjang, jika usaha Tony ini tidak dikawal, akhirnya semakin banyak syarikat milik kerajaan dimonopoli Tony dan sekaligus menzalimi warga miskin di negara ini.

Isu utama di sini ialah budaya monopoli yang cuba diusahakan secara halus oleh Tony yang juga kroni rapat Tun Dr Mahathir Mohamad.

=====================================================================================
Tubuh Caterham Jet, jejas komitmen Air Asia dalam MAS

KEADILAN merujuk kepada laporan Reuters mengenai penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru yang menawarkan perkhidmatan premium penuh oleh pemilik Air Asia, Dato’ Seri Tony Fernandes.

Laporan itu turut menyebut bahawa syarikat penerbangan yang diberi nama Caterham Jet itu akan menyediakan perkhidmatan premium penuh di antara Subang dengan laluan serantau seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura.

Tindakan Dato’ Seri Tony Fernandes itu menimbulkan persoalan sama ada ia menjejaskan komitmen Air Asia yang dibuat berdasarkan Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) dengan MAS.

Tujuan utama perjanjian tersebut ialah untuk mengikat kedua-dua buah syarikat penerbangan agar menumpukan perhatian kepada pasaran masing-masing (iaitu pasaran khidmat premium penuh oleh MAS dan pasaran tiket murah oleh Air Asia) agar kedua-duanya tidak bersaing sesama sendiri.

Justeru, saya mempersoalkan sama ada tindakan Dato’ Seri Tony Fernandes ini mencabuli komitmen yang telah dibuat melalui Air Asia di dalam perjanjian CCF yang ditandatangani dengan MAS?

Beliau dan Khazanah Berhad perlu juga menjawab soalan-soalan berikut:

1. Bukankan perjanjian CCF secara jelas menghalang Air Asia dan pemiliknya membuka sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan yang sama dengan MAS, agar masing-masing membina kekuatan di dalam pasaran tersendiri?

2. Adakah Caterham Jet akan menggunakan laluan yang sama dengan MAS dan seterusnya menjadi pesaing kepada MAS? Ini menyebabkan perjanjian CCF tidak lagi bermakna dan berguna.

Pelaksanaan perjanjian CCF telah mengakibatkan kemarahan kakitangan MAS yang merasakan mereka dipinggirkan di dalam proses membuat keputusan; sedangkan mereka banyak berkorban di dalam pelbagai Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) yang diperkenalkan pengurusan MAS sebelum ini.

Penubuhan Caterham Jet mengesahkan bantahan KEADILAN terhadap perjanjian CCF sebelum ini atas dasar ia tidak menjamin perkongsian sama rata di antara MAS dan Air Asia yang seterusnya merugikan rakyat akibat monopoli yang wujud.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

9 NOVEMBER 2011

Thursday, November 10, 2011

Update = Fakta dan Gambar kondo RM9.8juta Shahrizat Jalil

Fakta 1 : Keluarga Wanita Umno beli Kondo RM9.8 juta guna wang rakyat

1. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa membeli kondominium mewah ini dengan harga RM9,758,140 (RM9.8juta).

2. RM9.8 juta itu adalah sebahagian wang yang diambil dari peruntukan untuk syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

3. NFC ialah projek bermasalah yang dikendalikan keluarga Shahrizat yang mendapat 'pinjaman mudah' RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan melalui peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 'atas nama kroni Umno'.

Menariknya, projek ini sebenarnya hanyalah bernilai RM73.64.

4. Bagaimana kaedah pembayarannya Kondo mewah ini?

Kondominium yang terletak di Bangsar ini dibeli pada 2 Disember 2009 melalui empat transaksi pindahan wang dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad, nama pemaju kepada kondominium mewah itu.

Maknanya, keluarga Shahrizat membeli kondominium mewah itu dalam masa sehari sahaja menggunakan peruntukan NFC.

Dalam bahasa mudahnya, NFC yang peruntukan dari kementerian pertanian itu adalah milik rakyat selaku pembayar cukai, iaitu anda juga yang sedang membaca kes ini.

5. Bagi memudahkan anda, ada 2 isu besar di sini, pertama Shahrizat dan keluarganya membeli kondominium mewah menggunakan wang rakyat dan kedua, wang yang diguna untuk membeli kondominium mewah itu diambil dari syarikatnya yang bermasalah iaitu NFC.Fakta 2 : RM250 juta wang rakyat dibazir sewenang-wenangnya

1. Apa itu NFC ? NFC ialah syarikat yang dikendalikan keluarga Shahrizat bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya, berdasarkan tinjauan Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.

Selain itu, NFC juga menyasarkan akan mengeluarkan 60,000 ekor Lembu dalam masa tiga tahun dengan menggunakan dana RM250 juta itu.

Namun, selepas tiga tahun, NFC hanya berjaya mengeluarkan kira-kira 8,000 ekor Lembu.

Akibatnya, beberapa Ahli Parlimen Umno cuba memutar belit isu dengan mendakwa kononnya sasaran itu tercapai kerana sasaran 60,000 kepada 8,000 pengeluaran ekor lembu dipersetujui agar sasaran itu dikurangkan.

Namun, Rafizi berhujah, kalau sasaran dikurangkan, wang pembayar cukai itu juga harus dikurangkan daripada RM250 juta kepada RM6 juta.

Hujah ini akhirnya menjadikan Ahli Parlimen Umno itu senyap.

Selain diberi peruntukan atas nama kroni Umno sebanyak RM250 juta, NFC turut memperoleh tanah seluas 5,000 ekar.

Namun, Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010, projek itu bermasalah sehingga memaksa syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntuk untuk projek itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan bertanggungjawab melulus projek itu, namun enggan mengulas selepas LKAN 2010 mendedahkannya.

Oleh itu, beliau menyerahkannya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini, Datuk Seri Noh Omar menjawabnya.

Selepas diasak media, Noh akhirnya mengesahkan NFC ialah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat Jalil. Pengakuan itu dbuatnya di lobi Parlimen dalam sidang media pada 31 Oktober lalu.Fakta 3 : Menteri pembohong, Khairy berlagak menteri

Noh Omar semasa dilobi Parlimen pada 31 Oktober 2011 berkata, 'pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum diserahkan sepenuhnya'.

Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen menyebut 'setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9juta daripada geran dan pinjaman RM250 juta itu sudah disalur kepada NFC'.

Namun, Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli yang menyiasat perkara itu mendapati Najib dan Noh Omar (kedua-duanya kini merupakan pemimpin Umno Selangor) berbohong.

Rekod kewangan NFC menunjukan pinjaman sebanyak RM130 juta sudah diambil NFC pada 2008 manakala pada 31 Mac 2009 RM120 juta sudah dimasukan ke akaun Maybank milik NFC.

Selepas didedahkan fakta ini, selain Noh, turut mencampuri urusan itu ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Ramli dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Maka bukti dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukan bahawa bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang NFC berjumlah RM256,082,518.(RM250,000 datangnya dari pinjaman kerajaan manakala Geran Kerajaan
berjumlah 6,082,518), sekali lagi mengukuhkan pembohongan menteri itu dan MP Umno lain yang turut 'menyalak' dalam isu itu.Fakta 4 : RM250 juta wang rakyat akan dilupuskan

Akibat prestasi buruk kewangan NFC setiap tahun, pinjaman RM250 juta itu akan dilupuskan sebagaimana yang berlaku dalam kes Perwaja Steel sebelum ini.

Buktinya, NFC rugi RM7 juta pada 2008 dan rugi RM11juta pada 2009. Malah, wang pembayar cukai RM250juta itu pula disalur kepada Real Food Company Sdn Bhd yang mengendali restoran mewah Meatworks, milik keluarga Shahrizat Jalil.

Tindakan ini pastinya bertentangan dengan tadbir urus yang baik apabila wang rakyat sewenagnya diguna keluarga Shahrizat untuk disalur ke kantung restoran mewah milik keluarga Menteri Umno itu yang tiada kena mengena dengan projek penternakan lembu.

Malah, berdasarkan rekod kewangan berakhir NFC bagi 31 Disember 2009, sejumlah RM827,579 wang rakyat diguna untuk tujuan lawatan ke luar negara dan keraian oleh pengarah2 NFC yang terdiri daripada suami, anak2 dan Shahrizat sendiri.

Shahrizat sejak isu ini timbul, kerap ponteng dari menghadiri sidang Parlimen.

Gaji minimum, Kerajaan Selangor ‘walk the talk’

Tindakan kerajaan Selangor melaksanakan gaji minimum bermula tahun depan membuktikan Pakatan Rakyat melaksanakan janji yang ditawarkannnya sebelum ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, tindakan itu sekaligus mendahului kerajaan Persekutuan yang lembap membuat keputusan mengenainya.

"Walau didesak banyak pihak, kerajaan persekutuan hingga kini gagal menetapkan gaji minimum.

"Sebaliknya, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat membuktikan mereka ‘walk the talk’ dengan melaksanakan apa yang perjuangkan selama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, beliau menyifatkan langkah itu sebagai tepat pada masanya kerana majoriti kakitangan bawahan kekal bergaji rendah dan berada di bawah paras kemiskinan.

"Rakyat terus dihimpit dengan kos sara hidup ekoran harga barang yang terus melambung selain mereka terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung kehidupan diri dan keluarga masing-masing.

"oleh itu, penetapan gaji minimum ini amat wajar dilaksanakan segera," katanya lagi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Belanjawan 2012 yang dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini berkata, dasar itu akan dijalankan menerusi peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta.

“Ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide.

"Bagi syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menampung kos untuk dasar ini,” kata Khalid.

Gabungan MAS-airAsia, Tony Fernandez penipu besar!!!

KUALA LUMPUR 9 Nov: Tindakan pemilik Air Asia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes menubuhkan syarikat penerbangan baru, bertentangan dengan Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) antara Air Asia dan MAS.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, syarikat bernama Caterham Jet itu akan menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan MAS iaitu di antara Subang dengan laluan serantau seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura.

“Tindakan Datuk Seri Tony Fernandes itu menimbulkan persoalan samada ia menjejaskan komitmen Air Asia terhadap CCF dengan MAS,” kata Rafizi merujuk kepada laporan disiarkan Reuters.

Menurutnya, tujuan utama perjanjian itu ialah untuk mengikat MAS dan Air Asia agar menumpukan perhatian kepada pasaran masing-masing iaitu pasaran khidmat premium penuh oleh MAS dan pasaran tiket tambang murah oleh Air Asia, agar keduanya tidak bersaing sesama sendiri.

“Bukankan perjanjian CCF jelas menghalang Air Asia dan pemiliknya membuka sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan sama dengan MAS agar masing-masing membina kekuatan di dalam pasaran tersendiri?

“Adakah Caterham Jet akan mengguna laluan sama dengan MAS sekaligus menjadi pesaing kepada MAS dan jika ini berlaku, perjanjian CCF tidak lagi berguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Oleh itu, beliau mendesak Tony dan Khazanah Berhad bagi pihak MAS segera menjawab dua soalan tersebut.

“Pelaksanaan perjanjian CCF mengakibatkan kemarahan kakitangan MAS yang dipinggir dalam proses membuat keputusan sedangkan mereka banyak berkorban dalam pelbagai Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) yang diperkenal pengurusan MAS sebelum ini.

“Penubuhan Caterham Jet mengesahkan bantahan KEADILAN terhadap perjanjian CCF sebelum ini atas dasar ia tidak menjamin perkongsian sama rata di antara MAS dan Air Asia, sebaliknya merugikan rakyat akibat monopoli ini,” katanya lagi.

================================================================================

AirAsia mulakan firma penerbangan premium baru
1:20PM Nov 9, 2011
Ketua AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan menubuhkan sebuah syarikat penerbangan premium serantau yang baru bagi bersaing dengan penerbangan perkhidmatan penuh RedQ, yang dimiliki oleh Qantas, lapor akhbar The Sun hari ini yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

tony fernandez interview 220109 06Laporan itu memetik Fernandes berkata perkhidmatan penuh berkenaan akan dinamakan Caterham Jet tetapi masih belum diberi lesen operasi oleh kerajaan Malaysia walaupun syarikat itu telah memiliki pesawat Bombardier CRJ bagi tujuan tersebut.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata bahawa Air Asia akan memohon kepada kerajaan supaya ia beroperasi dari lapangan terbang Subang berhampiran Kuala Lumpur dan dijadualkan memulakan operasi mulai Mei 2012.

"Antara laluan yang dicadangkan termasuk Bangkok, Jakarta dan Singapura," kata sumber yang tidak dinamakan.

Fernandes, yang merupakan prinsipal pasukan Formula Satu pasukan Team Lotus, pada bulan April lalu membeli firma pembuat kereta sukan British, Caterham Cars.

Air Asia dan Fernandes tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen.

- Reuters

Friday, November 4, 2011

Mansuh PTPTN : Mahasiswa ada sebab tumbangkan BN

TEMERLOH, 4 Nov 2011: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

Katanya Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Okt lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa.

Ismail berkata sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.-- BERNAMA

PPSMI : Pejuang Bahasa ada sebab tumbangkan BN

Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan yakin dengan keputusan itu, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas.

Dengan pemansuhan PPSMI kelak, beliau berkata murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sementara itu, Muhyiddin berkata kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata kajian menunjukkan kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan," katanya.

Menurutnya, hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

"Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris," katanya.

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid, Muhyiddin berkata pelbagai inisiatif baru dan lebih efektif sedang dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Antara inisiatif itu, katanya ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan daripada segi penyediaan guru.

Inisiatif lain termasuk pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, katanya.- Bernama

Tuesday, November 1, 2011

Lokasi-lokasi Piket MTUC seluruh negara

MTUC memaklumkan pikat tidak akan mengganggu ketenteraman awam serta tidak mengganggu tugas pekerja terbabit kerana ia akan diadakan selepas waktu bekerja iaitu antara pukul 5 hingga 6.30 petang pada Khamis 3 November.

18 Lokasi Strategik Piket
1- Seksyen 15 Shah Alam,
2- Jalan Persiaran Kuala Selangor,
3- Teluk Panglima Garang,
4- Jalan Barat Petaling Jaya,
5- Bukit Raja Klang,
6- Rawang/Sungai Choh di Selangor,
7- Pulau Pinang (Hadapan Pearl View Hotel, Prai),
8- Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh),
9- Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).
10- Perak (Bangunan MTUC, Ipoh),
11- Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan),
12- Kelantan (Kota Baharu Trade Centre),
13- Johor (Masjid Jamek Kampung Pasir),
14- Batu 5 Jalan Skudai,
15- Kuala Lumpur (Bangunan KWSP Jalan Raja Laut),
16- Sabah (Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu),
17- Kedah (Sime Tyre International, Mergong)
18- Sarawak (Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).

Tujuan Utama Piket
Bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan Parlimen pada 6 Okt lepas.

Apa yang telah di pinda oleh Parlimen.
Pindaan akta itu ialah meminda perkataan ‘Sub Contractor for Labour’ atau ‘Supplier for Labour’ kepada ‘Contractor for Labour’. Secara automatik Agensi Pembekal Buruh-buruh Asing dan dalam negeri menjadi “Contractor Membekal Buruh” dan serentak menjadi majikan dan mereka bertanggungjawap terhadap kebajikan mencarum Perkeso dan KWSP pekerja-pekerja yang dibekalkan.

Dengan itu seolah-olah pekerja mempunyai dua boss, iaitu Kontraktor yang membekal yang juga membayar caruman KWSP dan Perkeso mereka. Di waktu yang sama mereka mesti mematuhi waktu berkerja dan syarta-syarat di tempat mereka berkerja.

Problem-problem yang akan timbul :
a- Who is the paymaster? Kontraktor atau Tempat mereka kerja?
b- Adakah gaji akan dibayar oleh Kontraktor atau direct dari tempat mereka kerja?
c- Siapakah majikan mereka sebenar?
d- Payslip penyata gaji dari siapa (kalau pun ada payslip untuk tunjukan pecahan caruman)?

Penulis berpandangan Piket ini hanya lah cukup syarat MTUC sahaja kerana pindaan tersebut telah pun dipersetujui oleh Parlimen. Hendak atau tidak terpaksa lah diikuti.

Yang akan menjadi mangsa ialah pekerja-pekerja didalam industri ini. Ini adalah kerana Kontraktor akan berkata mereka juga menerima ‘upah untuk membekal'.

Kenyataan peninju Israil sangat berat - Riduan

Masdar Wahid

Kenyataan peninju Israil, Ilya Grad bahawa beliau memasuki negara ini "dengan sokongan menteri sukan Malaysia", sangat berat, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ridhuan Mohd Nor.

Menurutnya, kenyataan peninju Israil itu juga melibatkan penyelewengan kuasa Datuk Ahmad Shabery Chik selaku Menteri Belia dan Sukan.

"Jika benar dakwaan peninju itu, Pemuda PAS Malaysia sangat kesal kerana Shabery Cheek mengkhianati sensitiviti dan keprihatinan umat Islam atas isu Palestin," katanya dalam satu kenyataan.

Ridhuan melihat kenyataan Shabery Chik yang mendakwa kononnya kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk kejohanan itu sebagai jawapan ‘escapism’ atau melepas diri semata-mata.

"Kerajaan Selangor hanya melulus peruntukan bagi penganjuran kejohanan itu, sedangkan Menteri Belia dan Sukan berkuasa penuh melulus sesuatu kejohanan atau penglibatan mana-mana peninju dalam kejohanan itu.

"Beliau boleh mengharamkan penglibatan peserta yang bermasalah atau menyekat penyertaan peninju yang berasal dari Israil dari memasuki Malaysia agar tidak menimbulkan pertikaian," katanya.

Peninju Israel itu dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh untuk menyertai kejohanan 'The Challenger Muay Thai' yang dirakam di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju 'Muay Thai Authority' pada 15 Oktober lalu, Grad turut memberitahu dia tidak sabar mengibar bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlu bagi memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," kata peninju Israil itu lagi.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut didakwa membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 bagaimanapun menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.

Kemasukan warga Israil ke Malaysia, urusan kerajaan Persekutuan - Elizabeth

Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran persaingan, pemilihan ahli sukan ataupun penerbitan siri televisyen realiti antarabangsa, 'The Challenger Muay Thai', kata Exconya, Elizabeth Wong.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek di Parlimen kononnya Kerajaan negeri terlibat dalam kemasukkan seorang peninju Israel yang menyertai perlawanan itu di Malaysia.

"Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan kaum Israel memasuki Malaysia.

"Jika kami dimaklum, Kerajaan Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Imigresen agar menolak kemasukkan kaum Israel itu," tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru Kerajaan Persekutuan menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada kaum Israel dalam apa keadaan sekalipun.

Peninju Israel, Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan 'The Challenger Muay Thai' yang dirakam di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut mencerita bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlu bagi memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," kata peninju Israil itu lagi.

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebagai syarikat perunding perhubungan.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.

SAMM sertai piket MTUC

Masdar Wahid

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan pertubuhan itu akan menyertai piket anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 3 November ini.

Penyelaras Segmetasi Golongan Pekerjanya, Yaser Sh Abdul Rahman berkata, piket itu penting sebagai bantahan terhadap pindaan Akta Pekerjaan yang dilulus Parlimen pada 6 Oktober lalu.

"Pindaan akta ini menjadikan golongan pekerja seperti kuli buruh asing malah mungkin lebih rendah tarafnya.

"Oleh itu, demi masa depan bersama, SAMM menyeru setiap golongan pekerja terutamanya anak muda agar turut sama menyertai piket yang bakal diadakan di venue 'hotspot' setiap negeri pada 3 November ini," katanya dalam satu kenyataan.

KEADILAN bersama Pakatan Rakyat sudahpun mengesahkan akan turut sama berpiket pada hari itu.

Sebelum ini, MTUC mendakwa Rang Undang-undang (RUU) itu memberi laluan mudah kepada majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.

RUU itu kini menunggu giliran untuk dibahaskan di Dewan Negara.

MTUC turut memberi amaran keras kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa undi melibatkan 5.7 juta pekerja menjadi penentu terhadap sokongan parti politik di negara ini menjelang pPlihan Raya Umum (PRU) ke-13, melainkan pindaan Akta Kerja 1955 itu ditarik balik.

Pada 28 Oktober lalu, sebanyak 107 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara turut membantah RUU itu kerana memudarat hak pekerja serta mendesak kerajaan Malaysia menarik balik undang-undang itu serta-merta.

Menerusi RUU itu, pekerja kontrak berdepan kemungkinan tidak dibayar gaji kerana tidak memiliki pekerjaan tetap.

Sebanyak 16 lokasi sudah ditetapkan di seluruh negara dengan piket berlangsung serentak di setiap negeri.

Di Selangor, piket bakal berlangsung di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang. Manakala di Wilayah Persekutuan diadakan di Jalan Raja Laut.