JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, February 27, 2008

Antara ‘beting MARO’ dan ‘MEROtai’


Dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2006 yang lalu, Parti Islam Semalaysia (PAS) yang hanya meletakan satu kerusi untuk bertanding iaitu di N.24 Dewan Undangan Negeri Beting Maro hampir menang apabila berjaya mengurangkan majoriti BN di kerusi itu dengan mencatatkan 1901 undi berbanding dengan calon BN, Bolhasan Di yang meraih sebanyak 2796 undi dengan majoriti BN dikurangkan kepada 895 undi sahaja.

Itu cerita di sarawak. Di sabah pula pada kali ini pas meletakan calon untuk bertanding di dua kerusi iaitu Dun Sukau dan Dun Merotai. Berbanding Dun Sukau, dun Merotai mempunyai peluang yang lebih cerah untuk pas memenangi kerusi tersebut. Walaupun tidak dinafikan kemungkinan untuk pas memenangi Dun Sukau tetap ada.

Jika di Dun Beting Maro Pas berjaya mengurangkan majoriti BN, di Merotai pula pada pilihanraya 2004 yang lepas, Pas berjaya meningkatkan undinya melebihi 1000 undi dan satu-satunya calon yang tidak hilang wang pertaruhan berbanding 3 calon bebas yang menyaksikan pertandingan 5 penjuru. Pada kali ini skrip yang sama seolah-olah berulang kembali apabila kerusi Dun Merotai menyaksikan pertandingan 5 penjuru dengan sekali lagi melibatkan 3 calon bebas seperti dalam gambarajah di bawah.

Keputusan Pilihanraya Umum 2004 bagi DUN Merotai.

N19158 - MEROTAI
1. ABDUL GAFFAR BIN MOHD NOR (SETIA) 405 Hilang Deposit

2. LIEW YUN FAH (BN) 5344 Menang

3. USMAN BIN MADEAMING (PAS) 1039 Kalah

4. MOKTAR BIN AHMAD (BEBAS) 441 Hilang Deposit

5. FOO CHEE KING (BEBAS) 584 Hilang Deposit

N58 MEROTAI (Pilihanraya Umum 2008)
Jumlah Pengundi: 13,931 Peningkatan jumlah pengundi:

B/I: 66.79% B/B/I: 7.68% C: 23.49% L: 2.04%


1. Moktar Ahmad (Bebas)


2. Mohamad Abdullah (Pas)


3. Pang Yuk Ming (BN - LDP)


4. Soon Ten Fook (Bebas)


5. Salman Nurullah (Bebas)


Jumlah undi: Majoriti: Undi rosak:
Penyandang: Datuk Liew Yun Fah (BN)(Majoriti: 4,305 undi)


Calon Pas yang bertanding pada kali ini ialah Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Abdullah. Beliau yang berbangsa Bugis merupakan Pesuruhjaya Pas Sabah dan pernah memegang Jawatan Pengerusi Masjid di Kampung Pukat, Tawau Sabah selama 15 tahun sebelum dilantik sebagai Penasihat di masjid tersebut. Selain aktif berdakwah Ustaz Mohamad juga merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) zon Bandar Tawau.

Pencalonan beliau di kerusi dun Merotai adalah tepat pada masanya di samping memastikan bulan mengambang di bumi Sabah yang selama ini tertekan di bawah pemerintahan UMNO/BN.
Memetik kata-kata beliau beberapa hari yang lalu yang menyatakan bahawa “pas melahirkan keyakinan akan menawan kerusi DUN Merotai dan Sukau berikutan majoriti penduduk di situ adalah orang Islam.”


Ungkapan itu ada asasnya kerana dun merotai bukan sahaja memiliki pengundi Bumiputra Islam yang ramai tetapi majoriti daripada pengundi tersebut adalah terdiri daripada suku kaum bugis. Harus diingat, corak pengundian di kawasan tersebut bukan sahaja dipengaruhi calon dari parti mana yang bertanding, tetapi juga calon dari kaum mana yang diletakan untuk bertanding. Majoriti penduduk Merotai adalah berketurunan Bugis.


Bagi Ustaz Mohamad, walaupun beliau berketurunan Bugis perkara utama yang diperjuangkan beliau ialah untuk Islam di sabah di samping membawa suara warga Merotai di persidangan dun seterusnya mengimbangi kuasa bn yang menang dengan majority yang terlalu selesa sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Pelbagai faktor yang berlaku sebelum ini memungkinkan peluang pas untuk menang di kawasan itu. Antaranya ialah

1. Pembohongan Ahli Parlimen Kalabakan dalam isu Pembangunan di Dun Merotai

Ahli Parlimen Kalabakan iaitu Datuk Ghapur Saleh pernah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan hanya retorik semata-mata seperti yang dilaporkan oleh Bernama Pada Pilihanraya Umum 2004 iaitu “Ketua Penaja Umno Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata kemenangan mutlak penting bagi membolehkan wakil wakyat BN meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu. Abdul Ghapur berkata sebagai contoh, kawasan Sungai Siput di Perak yang mempunyai 20 peratus pengundi India dan selebihnya Melayu, tetapi dipimpin oleh anggota parlimen Datuk Seri S. Samy Vellu. Sungai Siput juga muncul sebagai satu kawasan yang sungguh maju, katanya. (Bernama March 14, 2004)”.


Pada bulan ini pula beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah seperti berikut “Sejak Liew (Datuk Liew Yun Fah iaitu Adun Merotai sejak 2004) menjadi wakil rakyat, tiada pembangunan ketara berlaku di kawasan itu dan jika adapun, ianya adalah hasil perancangan yang dibuat olehnya mahupun Datuk Dr. Patawari (Adun Merotai 1999-2004), semasa menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Menurut Ghapur, beliau juga bersedia membawa sesiapa sahaja ke DUN Merotai, untuk mendapatkan sendiri maklum balas rakyat tentang apakah pembangunan yang berlaku di kawasan itu. (New Sabah Times 11th February, 2008)”.

Adakah kenyataan yang bercanggah ini dikeluarkan oleh Datuk Ghapur semata-mata kerana pada Pilihanraya 2004 yang lalu beliau adalah penaja Ketua Bahagaian ataupun ada perkara tersirat disebaliknya?

2. Antara Mengigau, Mimpi di Siang Hari, Mimpi Calon, dan Mimpi Kerusi.
Rentetan pengaruh Pas yang semakin diterima rakyat khususnya di kawasan Merotai ini, pelbagai pihak dalam Bn mengeluarkan kenyataan tentang mimpi. Menariknya, antara mereka ialah Adun Apas iaitu Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau yang jarang mengeluarkan kenyataan mengenai pembangkang dan dilihat tenang apabila diajukan soalan oleh wartawan tiba-tiba berang apabila berkata “Barisan Nasional (BN) Tawau menyifatkan hasrat Pas Sabah untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai dan Sukau pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini hanya sebagai mimpi di siang hari.”. (New Sabah Times 20 Feb. 2008).


Tidak cukup dengan itu, Presiden LDP Datuk V.K Liew pula dalam usahanya mempertahankan kerusi dun Merotai yang diwakili partinya menyelar Ketua Umno Kalabakan Datuk Ghapur dengan berkata “Ketua Umno Kalabakan itu boleh terus bermimpi kerana dun Merotai adalah milik LDP”. . (New Sabah Times 11th February, 2008)”.


Ghapus Saleh membalas kenyataan itu dengan mengatakan Presiden Parti LDP itu sebagai bermimpi menjadi calon. Manakala Bekas Adun Merotai menganggap Presiden LDP itu sebagai mengigau.


Antara mimpi dan mengigau dalam drama perebutan kerusi sesame parti komponen BN ini, apa yang pasti, mereka sebenarnya mengakui prestasi dan kekuatan PAS semakain bertambah dan diterima oleh masyarakat Sabah. Pertikaman lidah antara BN juga menunjukan sifat perkaumannya. Ini terbukti apabila kita meneliti kenyataan di bawah ini.

*Beliau berkata pengundi tidak harus terpengaruh dengan kempen parti pembangkang yang akan memanipulasi isu pemilihan calon di Merotai. Ghapur yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Kalabakan berkata pembangkang akan menjaja sentimen perkauman khususnya di kawasan Merotai yang menjadi kerusi tradisi Melayu tetapi kini diberikan kepada calon BN dari parti berasaskan kaum Cina, Parti Liberal Demokratik.


"Pengundi terutama anggota parti komponen tidak harus melihat calon dari parti mana yang diberi kepercayaan untuk bertanding di kawasan Merotai atau lain-lain tempat... kerana mereka adalah wakil BN, bukan mewakili kaum tertentu sahaja," katanya.Ghafur berkata pengundi harus faham bahawa BN bukan memilih pemimpin daripada sesuatu kaum untuk mewakili kaum tertentu sahaja tetapi juga kaum lain di kawasan berkenaan. (Bernama March 14, 2004).*


*Tuntutan semula kerusi DUN Merotai dibuat oleh Umno Kalabakan disebabkan itu adalah suara rakyat dan kehendak kira-kira 20,000 ahli Umno di bahagian terbabit. Kerusi itu milik Umno sejak merdeka dan adalah wajar jika kita menuntut kembali”. kajian pihaknya juga mendapati kerusi itu mungkin akan jatuh ke tangan parti pembangkang, jika wakil rakyat sekarang Datuk Liew Yun Fah masih dicalonkan di kawasan itu.. (New Sabah Times 11th February, 2008)*


Retorik Yb Kalabakan ini adalah sesuatu yang lucu dan menghairankan. Khususnya ia diungkapkan oleh Yb yang memiliki rekod sering melompat parti atau gelaran oleh rakyat sabah bagi sepsis seperti ini adalah “Yang Berhormat Lompat Katak”.


Mampukah Pas memenangi kerusi Merotai pada kali ini? Adakah aura Dun Beting Maro akan dirasai di sini? Persoalan itu hanya akan terjawab pada 08 Mac ini apabila sejumlah 13,931 pengundi yang layak akan menunaikan tanggungjawab mereka. Mudah-mudahan Dun Merotai bakal melahirkan anak sulung PAS di bumi Sabah ini. Takbir!!!

Saturday, February 16, 2008

807,862 layak mengundi di Sabah

Kira-kira 807,862 rakyat di negeri ini layak mengundi pada pilihan raya umum ke-12 yang akan diadakan pada 8 Mac ini, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Rafidah Datu Derin.

Katanya, jumlah tersebut menunjukkan penambahan pengundi sebanyak 38,918 yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-12 ini, berbanding pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004 iaitu kira-kira 768,943 orang pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pilihan raya pada kali ini melibatkan 12,000 petugas SPR di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan daripada jumlah itu seramai 11,753 petugas akan bertugas di Sabah manakala selebihnya di Labu-an,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
SPR hari ini mengumumkan pengundian pada pilihan raya umum ke-12 ditetapkan pada 8 Mac ini manakala penamaan calon ialah pada 24 Februari .

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, seramai 10,922,139 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari lepas.

Beliau berkata, buat pertama kalinya peti undi lut sinar akan digunakan di seluruh negara termasuk di Sabah pada pilihan raya kali ini untuk se-mua 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 Parlimen di negeri ini..

Mengenai taklimat yang diadakan oleh SPR Sabah bersama-sama semua parti-parti politik di negeri ini yang diada-kan hari ini, Rafidah berkata, semua pihak sudah bersiap sedia dan akan memberi kerjasama bagi memastikan pilihan raya ke-12 berjalan lancar.

Bagi persiapan SPR Sabah katanya, pihaknya sudah menghantar peti-peti dan peralatan serta dokumen yang akan digunakan semasa pilihan raya itu ke beberapa daerah seperti Kudat, Kota Marudu, Sandakan, Te-nom, Beluran, Libaran, Putatan dan Penampang.

Selebihnya katanya, akan dihantar pada minggu ini dalam jangka masa tiga hari ianya akan selesai sebelum hari penamaan calon.

“Antara peralatan yang kita hantar ialah kelengkapan untuk pilihan raya seperti peti undi, dokumen, topi,baju, payung dan sebagainya,” ujarnya.

Pairin kecewa berdepan adik sendiri

KOTA KINABALU 15 Feb. -- Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan dengan adiknya sendiri di kawasan Parlimen Keningau pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Beliau bagaimanapun berkata, ia tidak menghalangnya untuk terus memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) menentang adiknya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, BN tidak gentar untuk berhadapan dengan PKR Sabah dan yakin beliau akan memenangi kerusi yang disandangnya sejak 32 tahun lalu itu.
“Walaupun kesal dengan keputusan adik saya (Jeffrey), saya anggap ia (keputusan itu) adalah satu proses demokrasi di negara kita,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Jeffrey semalam yang bertekad akan bertanding di Parlimen Keningau pada pilihan raya kali ini walaupun terpaksa berdepan dengan Pairin.
Pairin menang tanpa bertanding bagi Parlimen Keningau pada pilihan raya lalu. Selain itu Pairin turut menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan selama 30 tahun berturut-turut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peluang PKR untuk menawan Keningau adalah tipis kerana rakyat bijak menilai pihak mana yang mampu membela masa depan mereka.

“Peluang BN untuk menang besar adalah nyata, perkara ini boleh dilihat melalui sambutan masyarakat,” katanya sambil menambah senarai calon pilihan raya PBS kini sudah 90 peratus siap.

Wednesday, February 13, 2008

Isu Ladang Babi Di Kinabatangan. Penduduk Pribumi Dipinggirkan.

Isu pembukaan ladang ternakan khinzir di Entili-bon, Kuamut kira-kira 130 kilometer dari Sandakan, bukan saja membawa kepada isu pencemaran alam sekitar tetapi isu “kepinggiran rakyat asalnya” atau identiti masyarakat yang mendiaminya sejak 40 tahun lepas.

Penduduknya bukan menolak pembangunan, apalagi nasib mereka ibarat isu “kerdil” untuk didengar tetapi bagaimana dengan kesan kepada ri-buan penduduk atau pengguna yang menggunakan sumber air bersih sungai Kinabatangan kelak?

Perlu diketahui umum kira-kira 60 juta liter gelen sehari diperlukan oleh lebih 30 ribu pengguna berdaftar di daerah Sandakan tidak termasuk pengguna daerah ini.

Bayangkan saja apabila cadangan membuka ladang seluas 500 ekar di Entilibon, Kuamut yang menggunakan sebahagian tanah kampung serta sungai Mosum, Entilibon yang merupakan cabang sungai Kinabatangan “dicemari” dengan najis ternakan khinzir.

Bukan menghalang hasrat pihak berwajib tetapi kedudukannya sebagai sebuah ladang ternakan tidak sesuai kerana 70 peratus tanah yang diwar-takan sebagai ladang penternakan Jabatan Haiwan dan Perusahan Terna-kan telah menghasilkan tanaman padi, getah dan kelapa sawit milik lebih 2,000 penduduk meliputi lima buah kampung dalam Dun Kuamut itu sejak kawasan itu didiami.

“Kami akan menjadi pengemis di tanah sendiri, jika tanah yang kami sujud dan sanjungi selama ini menghalau kami dari sini,” itulah antara kata-kata yang sering diluahkan oleh penduduk Entilibon.

Dua masalah iaitu pencemaran sungai dan pengambilan tanah, antara reaksi penduduk terhadap isu yang mendapat bantahan penduduk sejak awal Januari lepas.

Bagi seorang wanita, Salikin Samu-ndo, 55 berkata nasib mereka harus dibela kerana ke mana lagi mereka di-tempatkan, sekiranya tanah yang mereka usahakan dan wariskan kepada anak dan generasi dari keturunan suku Id-ahan di masa depan.

“Kami merayu pada pihak berwajib jangan ambil tanah kami ini. Inilah sajalah harta kami yang kami wariskan kepada cucu-cucu kami nanti,” kata wanita yang mengusahakan kebun getahnya dengan penuh harapan nasib mereka mendapat perhatian.

Begitu juga bagi Golukin Poit, 58, pemilik kebun kelapa sawit seluas 50 ekar yang sudahpun menghasilkan bu-ah sejak beberapa tahun lepas mela-hirkan kebimbangan terhadap masalah pengambilan tanah yang mereka usahakan bersama keluarga masing-masing.

Katanya berdasarkan laporan dari pihak agensi, tanah yang sudah diusahakan akan dijadikan sebuah kawasan bangunan dan makmal bagi ladang ternakan itu.

“Saya begitu bimbang kerana ke mana lagi kami mahu pergi jika tanah yang kami duduki ini diambil kerajaan semula,” katanya sambil berharap agar nasib mereka terus dibela sama ada oleh wakil pemimpin di kampung ter-sebut dan pihak berwajib.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan yang membawa kepada isu bantahan secara aman itu, Pengerusi Jawatankuasa Kese-lamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kampung Simpang Entilibon, Samon Unau, 54, meminta pihak berwajib mengeluarkan tanah mereka diami dari kawasan perternakan haiwan.

“Saya begitu sedih dan kami semua di kampung ini seperti berharap ada keajaiban diberikan kepada kami kerana isu pembukaan ladang ini telah mengambil ratusan milik penduduk seperti rumah, kebun, ladang getah, sawit dan tanaman padi,” katanya sambil menunjukkan bukti dokumen sokongan bahawa kawasan yang mereka diami adalah tanah yang pernah diberikan kerajaan ketika memerintah pada awal 80an.

Samun bekas seorang guru, mendakwa mereka terlebih dahulu memohon ia sebagai perkampungan dan ke-mudian mendapat kelulusan sebelum kawasan diwartakan sebagai kawasan perladangan pada 2003.

Beliau yang kini mengusahakan ladang kelapa sawit bersama seorang anak lelakinya yang baru saja menamatkan pengajian di Institusi Penga-jian Tinggi, “kami menyahut seruan kerajaan mahukan tanah kami usahakan agar kami tidak menjadi rakyat miskin dan terus mengharap bantuan kerajaan,” tegasnya.
Satu perhimpunan “paket” secara aman yang diadakan oleh penduduk bermula dari balai kampung Simpang sehingga ke sungai Mosum dengan tujuan agar sungai itu tidak cemari yang merupakan sumber air bagi masyarakat di 13 buah kampung dalam mukim Entilibon mendesak campur tangan kerajaan Negeri Sabah.

Penduduk bukan saja tidak puas hati dengan penjelasan pegawai Jaba-tan Haiwan dan Perusahan Ternakan yang berpejabat di pekan kecil Enti-libon yang memaklumkan kepada penduduk bahawa tanah mereka diami telah diwartakan sebagai kawasan penternakan itu tetapi mahukan pembelaan dari wakil dari ahli berhormat di Kinabatangan, termasuk CDO, Kuamuat Majid Lindan yang hadir pada perjumpaan penduduk kampung tersebut itu.

Isu bantahan pembukaan ladang khinzir mendapat perhatian sejak September 2007, bagaimanapun reda sebaik Menterinya, Datuk Rahim I-smail memberi penjelasan bahawa kerajaan belum ada cadangan untuk meletakkan ternakan Khinzir di kawasan Kinabatangan.

Bagaimanapun kegembiraan penduduk hanya seketika apabila cadangan membuka ladang itu dimaklumkan semula dengan kerja-kerja mengukur tanah ternakan dimulakan pada beberapa bulan kemudian.

“Apa yang kami bimbangi sekarang ini kami menerima surat untuk berpindah! Sekiranya kerajaan mahu tanah ini, ke mana harus kami pergi….kami takut sekiranya tanah kami ini tergadai dan kami pula menjadi pengemis di tanah air sendiri,” kata-kata itulah yang sering diungkap oleh ratusan yang menghadiri perhimpunan secara aman di kampung itu termasuk sungai Mosum, Kinabatangan itu.

Masalah berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimennya, Datuk Bung Moktar Radin dalam kenyataan akhbarnya pada 31 Januari lepas mendedahkan lebih lebih 2,000 penduduk berhadapan dengan masalah pencemaran sungai dan manusia kelak.

Pemimpin di Kinabatangan itu ma-hu projek itu dipindahkan ke kawasan lain bagi memberi ruang kepada penduduk yang didiami lebih 2,000 orang terus selesa di tanah yang mereka bangunakan sebagai perkampungan sejak sekian lama.

Apa yang membimbangkan penduduk Entilibon, ternakan ladang khinzir kelak yang didakwa penduduk bakal diternak di kawasan seluas 500 ekar mengunakan sebahagian besar tanah perkampungan atau 70 peratus dari keluasan tanah kampung itu.

Rekod kependudukan Entilibon bermula pada tahun 1970, ketika peluang pekerjaan hutan diterokai yang akhirnya membuka kawasan Entilibon sebagai penempatan yang kemudian membawa masuk kemudahan infrastruktur asas rakyat seperti bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan, Bangu-nan Kesihatan, Sabah Eletrikcity Sdn. Bhd (SESB), Lembaga Tabung Getah Negeri, Tabika dan terbaru projek jalan raya penghubung antara Telupid ke Tongod.

Jarak Entilibon ke jalan utama Sandakan – Telupid hanya kira-kira 25 kilometer merupakan pekan yang se-dang membangun dan menjadi tum-puan masyarakat dari kawasan pendalaman seperti Kuamut dan Telupid.

Bagi Pemaju Mukim Entilibon, Jaini Sayang, berkata tiada yang lebih baik dari memastikan rakyat di ka-wasan berkenaan terbela.

Beliau menjelaskan beliau bersama penduduk dan wakil rakyat Jonny Intang, pernah menemui Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Bobbey Suan pada November tahun lepas untuk merayu agar tanah mereka dikeluarkan dari kawasan ladang perternakan.

Rata-rata penduduk yang mendiami Entilibon, yang terletak berhampiran kawasan tadahan, Maliau Basin yang merupakan kawasan khazanah paling terindah di dunia sehingga digelar “The Lost World” oleh pengkaji dunia dan sungai Kinabatangan sebagai kawasan Koridor hidupan liar mengharapkan kawasan tanah mereka diami terus dilindungi dari pencerobohan dan ditangani secara telus dan bertelaransi.

Monday, February 11, 2008

Krisis BN Di DUN Merotai

Kenyataan Presiden LDP Datuk V.K Liew yang menyatakan Ketua Umno Kalabakan Datuk Gha-pur Salleh ‘boleh terus bermimpi’ tentang kerusi DUN Merotai, dibidas kelmarin oleh tiga wakil rakyat di kawasan Parlimen Kalabakan.

Menurut Ghapur yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, tuntutan semula kerusi DUN Merotai dibuat oleh Umno Kalabakan disebabkan itu adalah suara rakyat dan kehendak kira-kira 20,000 ahli Umno di bahagian terbabit.

“Kalau Datuk V.K Liew kata saya bermimpi, dia pun mungkin bermimpi sebab mahu jadi calon. Tapi saya bercakap berdasarkan fakta. Kerusi itu milik Umno sejak merdeka dan adalah wajar jika kita menuntut kembali”.

“Kalau pun dulu kita bersetuju untuk menyerahkannya kepada LDP, itu hanyalah untuk satu penggal sahaja dan bukannya untuk selama-lama-nya,” katanya.

Selain menuntut atas dasar hak dan desakan rakyat, beliau memberitahu yang kajian pihaknya juga mendapati kerusi itu mungkin akan jatuh ke tangan parti pembangkang, jika wakil rakyat sekarang Datuk Liew Yun Fah masih dicalonkan di kawasan itu.

Ini kerana katanya, sejak Liew menjadi wakil rakyat, tiada pembangunan ketara berlaku di kawasan itu dan jika adapun, ianya adalah hasil perancangan yang dibuat olehnya mahupun Datuk Dr. Patawari, semasa menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

“Jadi janganlah dakwa kononnya pembangunan yang berlaku dibawa oleh seseorang individu. Kami pun tidak pernah dakwa begitu. Tapi apa pembangunan yang dia bawa kononnya ketara?,” kata beliau.

Menurut Ghapur, beliau juga bersedia membawa sesiapa sahaja ke DUN Merotai, untuk mendapatkan sendiri maklum balas rakyat tentang apakah pembangunan yang berlaku di kawasan itu.

Sementara itu, wakil rakyat Sebatik Datuk Dr. Patawari Patawe yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan DUN Merotai memberitahu bahawa segala pembangunan di Merotai hari ini adalah hasil perancangan yang telah pun dibuat lebih awal.

Pengwujudan Pekan Merotai, pra-sarana jalan raya, kemudahan air dan elektrik, pembangunan sekolah, stadium sukan, pengazetan kampung-kampung dan sebagainya jelasnya, telah pun dibuat sebelum tahun 2004 lagi.

“Kalau ada yang kata kajian rambang (random survey) masih mahu-kan Liew, itu tidak penting. Yang penting ialah ketetapan Umno Kalabakan kerana ini adalah suara lebih 20 ribu ahli-ahli Umno di bahagian ini,” katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Kalabakan.

Diminta mengulas mengenai kenyataan V.K Liew di dalam akhbar tempatan kelmarin, Patawari memberitahu yang jika Datuk Ghapur atau Umno Kalabakan bermimpi, V.K Liew pula mungkin ‘mengigau.’

Ini kerana menurutnya, V.K Liew tidak boleh mendakwa yang kerusi DUN Merotai adalah hak LDP sedangkan sejarah jelas membuktikan yang kerusi itu adalah milik Parti Umno.

Bagi wakil rakyat Tanjung Batu, Haji Mohd Kamil Datuk SP Mohd Kassim pula, beliau bersetuju dengan ketetapan Umno Kalabakan agar kerusi itu dikembalikan semula kepada parti terbabit.

“Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tapi yang jelas, pembangunan di Merotai adalah pembangunan yang dibawa Barisan Nasional (BN) dan bukannya individu,” kata beliau lagi.

Di dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, Presiden LDP itu menyatakan yang Datuk Ghapur boleh terus bermimpi untuk mengambil semula kerusi DUN Merotai dari parti itu.
Menurut V.K Liew, kerusi itu adalah milik LDP dan Datuk Liew Yun Fah sudah cukup bagus di Merotai dan itu boleh dilihat oleh semua orang.

Saturday, February 9, 2008

Ketua Paderi England Sokong Undang-Undang Islam

Ketua Paderi Canterbury, Rowan Williams, menyatakan sokongan terhadap usaha memperkenalkan undang-undang syariah di Britain dan menegaskan pelaksanaan beberapa aspek daripada sistem perundangan Islam adalah sesuatu yang wajar dilakukan.
Tokoh paling kanan Gereja England itu berkata, langkah memberi status rasmi kepada undang-undang Islam akan membantu meningkatkan perpaduan dikalangan masyarakat kerana sebilangan penduduk Islam tidak memahami sistem perundangan Britain.

"Dengan memperkenalkan undang-undang syariah, umat Islam di negara ini tidak lagi perlu memilih satu daripada dua sistem," katanya ketika memberi ceramah mengenai undang-undang sivil dan agama di dewan Mahkamah Keadilan Diraja yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Beliau berkata, jika Britain mahu mewujudkan hubungan yang baik berasaskan sikap saling memahami dikalangan rakyatnya yang mempunyai pelbagai kepercayaan, langkah memperkenalkan undang-undang syariah memang tidak dapat dielakkan.
Sebelum itu dalam satu temuramah dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC), William bertegas mengenai hakikat bahawa undang-undang syariah sudah diamalkan di Britain, "Dalam beberapa keadaan yang wujud di negara ini, kita melihat undang-undang agama diiktiraf dalam sistem perundangan negeri.
Memang wujud ruang untuk melaksanakan beberapa aspek dalam perundangan Islam, sama seperti yang dilakukan dalam undang-undang agama lain," katanya.
Ucapan beliau turut mendapat sokongan beberapa kumpulan Islam, antaranya termasuk Yayasan Ramadan, sebuah pertubuhan pendudukan dan kebajikan, yang menyifatkan pandangan beliau sebagai 'usaha untuk memahami Islam dan meningkatkan toleransi serta hormat terhadap kepercayaan kami'.

Thursday, February 7, 2008

Bekas Ketua Menteri Sabah, Saman Ketua Menteri sabah

KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Kebajikan Thean Hou Kudat, Tan Sri Chong Kah Kiat Rabu, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kerana didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung penarikan balik kelulusan untuk mendirikan patung Mazu (Dewi Laut) di Kudat.

Plaintif, yang diwakili oleh peguam Ansari Abdullah, turut menamakan tiga yang lain sebagai defendan dalam saman itu, iaitu bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk KY Mustafa, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Ujang Sulani serta Lembaga Perumahan dan Bandar Kudat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Chong, bekas Ketua Menteri Sabah, berkata sebelum pengeluaran surat penarikan balik sokongan terhadap projek Mazu oleh Lembaga Perbandaran Kudat, setiausaha eksekutifnya telahpun mengeluarkan surat kepada plaintif pada 25 Mei, 2006, mengarahkan kerja-kerja pembinaan patung itu dihentikan sementara menunggu kelulusan dan arahan selanjutnya daripada Pejabat Ketua Menteri.

Beliau berkata susulan itu pada 6 Jun,2006, Ujang menulis surat kepada Lembaga Perbandaran Kudat mengarahkan kerja-kerja pembinaan projek itu dihentikan sementara menunggu kelulusan Ketua Menteri.

Chong berkata surat yang menggambarkan tapak projek itu sebagai berhampiran dengan Masjid AsySyarikin di Kudat, menjadikannya sebab bagi arahan itu dikeluarkan dan pelbagai pihak telahpun membantah pembinaan patung itu di tapak berkenaan.

Beliau selanjutnya mendakwa bahawa pada 23 Jun tahun yang sama, KY Mustafa menghantar surat kepada Lembaga Perbandaran Kudat yang menyatakan bahawa kerajaan negeri, selepas mengambil kira semua perkara, memutuskan supaya kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta.

Plaintif tidak menyedari keputusan seperti itu dibuat oleh kerajaan negeri.
Chong berkata percubaan beliau untuk mendapatkan kebenaran Ketua Menteri supaya membenarkan kerja-kerja ke atas projek itu diteruskan sehingga siap, menemui kegagalan.

Di samping itu, katanya pada 28 Julai 2006, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Ujang dan Lembaga Perbandaran Kudat, sepucuk surat yang didakwa mengandungi fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Sabah pada 7 Julai, tahun yang sama.

Fatwa berkenaan yang dialamatkan kepada Ketua Menteri secara khusus mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan patung itu perlu dihentikan segera memandangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Chong berkata beliau bertemu beberapa orang yang berpengaruh bagi mencari penyelesaian kepada masalah itu, yang nampaknya muncul secara tiba-tiba selepas kerja-kerja pembinaan patung berkenaan dimulakan, tetapi tidak mendatangkan hasil. BERNAMA

Wednesday, February 6, 2008

REFORMASI DI SABAH BERMULA DI MEROTAI

Merotai adalah kawasan yang subur dan maju dari segi pertanian dan kayu kayan. Apatah lagi penduduk di sana rajin berusaha. Setiap kali selepas menerima gaji, ada yang ke bank dan ada yang ke kedai emas terutama nya pihak perempuan.

Kalau tuan-tuan ingin melihat orang bergigi emas dan cincin gergasi emas, datang lah ke Merotai. Ada yang berpuluh kali naik Haji tuan tuan. Juga, segala jenis pisang di Sabah terdapat di Merotai. Pisang goreng yang ada diseluruh Sabah tuan tuan, yang digelarkan oleh penduduk tempatan, 'Utti Menurun', berasal dari Tawau.

Baru baru ini cicit sultan Belungan dan cicit Daeng Perani telah menjelajah keseluruh pelusuk kawasan Merotai untuk mengetauhi perkembangan politik disana dan kedua-duanya adalah pendukung kuat Reformasi.

Setelah beberapa minggu berada dikawasan Merotai mereka pun kembali ke tempat asal dan cuba menganalisa hasil kerja selidik mereka seperti berikut;

1. Rata rata pengundi Merotai telah bosan dengan kepimpinan YB Datuk Gapur Hj. Salleh. Mereka telah pun mengisi borang perceraian untuk mentalak dengan talak 3, dan ta boleh rujuk balek. Mengapa tidak nya, Datuk Gapur Hj. Salleh jarang sekali menjelajah untuk bertemu rakyat. Kalau ia pun dekat pilihan raya baru nampak muka untuk membahagi zink dan tangki air. Sebahagian penduduk Merotai menggelar beliau YB zink dan tangki air.

2. Majoriti pengundi Merotai ingin kan YB daripada cicit Daeng Perani yang mempunyai kepahlawanan, berprinsip yang teguh serta amanah menjalankan tugas berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah S.A.W.

3. Mereka juga inginkan pemimpin yang boleh membela nasib rakyat dengan adil dan saksama. Tidak mementingkan diri, kroni kroni dan suku sakatnya sahaja.
4. Mereka juga inginkan pemimpin yang mempunyai agama yang teguh dan kuat, tidak suka menzalimi, memfitnah dan bersikap adil pada semua suku dan agama.


CALON CALON YANG DISEBUT SESUAI MENGISI RINTIHAN DIATAS.

Hasil daripada kaji selidik yang diperolehi, senarai nama nama telah dikemukakan oleh mereka seperti berikut;

1. Ust. Dr.Badrul Amin.(Prof.Madya, UIA)

2. YM Andi BAndi Pello.(Ahli Koprat)

3. Dr. Patawari Patawe (Ahli koprat)

4. Osman Jamal (Pengarah)

5. Ramlee Rashide.

6. Kamil Dtk Kassim.

Baru baru ini pihak penyelidik telah menerima maklumat daripada orang dalam UMNO-KL bahawa Sdr. Kamil Datuk Kassim akan dicalonkan oleh UMNO-BN di Merotai. Kalau ia benar, maka kehancuran UMNO di Merotai akan jadi kenyataan.

Semua calon cicit Daeng Perani tidak akan berdiam dan akan menentang habis habisan. Kamil tidak begitu popular di Merotai. Orang-orang tua dahulu masih lagi ingat tindak tanduk Datuk Kassim semasa beliau menjadi YB di Merotai. Sejarah tidak akan berulang lagi Datuk.

Ada juga ura bahawa UMNO akan mencalonkan Ramlee Rashide sebagai calon diMerotai. Ini tidak mungkin, kerana Sdr Ramlee adalah orang Datuk Gapur, malah tukang angkat beg Datuk Gapur sahaja.

“Heh!, ta boleh. Tidak berjiwa rakyat batu. Jarang turun meningok kami dibawah. Kalau kami pergi ke offisnya, kami orang tidak dilayan ba tu.”

Ada juga orang mengatakan, sekiranya UMNO mencalonkan Dr. Badrul Amin, maka segala bentuk masaalah boleh dikurangkan. Tetapi, ini tidak mungkin kerana beliau telah dicap sebagai orang DSAI, malah telah di'Gam' oleh Datuk Osu baru baru ini.

Mana boleh jadi.

Parti UMNO tidak akan memilih YM Pa Andi Bandi kerana beliau baru sahaja di bebaskan daripada tahanan. Perlembagaan UMNO tidak membolehkannya bertanding. Lain lah kalau arahan orang atasan, semuanya boleh jadi. Oleh yang demikian, pengundi Merotai rela melepaskan beliau ke Kalabakan untuk bertemu dengan musuh ketatnya dan menyambung perjuangan Daeng Perani melalui perahu pinisi nya.

Ayo, bentangkan layar mu, maju kehadapan. Pantang mundur cicit Daeng Perani. Langgar sahaja apa yang ada dihadapan. Dtk Gapur sedang mengatur strategi arabnya. Gunakan juga strategi ala Daeng Perani seperti mana telah digunakan di Selangor, Johore, Kedah, Pahang danPerak. Diantara Dr.Patawari dan Osman Jamal sebagai calon di merotai, pengundi Merotai lebih berhati hati kerana kedua-dua nya mempunyai pengaruh yang kuat.

Dr. Patawari adalah seorang ahli koprat yang berjaya dan senior dalam politik kawasan Merotai. Osman Jamal adalah Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur dan juga Presiden Persatuan Kebajikan Bugis Sabah yangmempunyai ramai ahli nya diseluroh Sabah.

Majoriti pengundi Merotai berpendapat, salah seorang daripada mereka mesti menjadi YB orang orang Bugis di Merotai sudah memadai. Mereka sudah tidak tahan lagi di tunggani oleh orang orang politik yang berkepentingan. Inilah sebahagian rintihan pengundi dan cicit Daeng Perani untuk difikirkan semua bersama.

Sekian hingga jumpa lagi.~Doi Moi. http://pemudasabah.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Sabah Bantah Kenaikan Harga Minyak

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) telah manganjurkan satu demonstrasi bagi membantah kenaikan harga minyak yang telah melampau baru-baru ini.

Demonstrasi itu dianggotai oleh lebih kurang 100 orang Pemuda Sabah bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.

Antara pimpinan yang memberi ucapan ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman, Ketua Pemuda PAS Sabah, Ust. Annuar Alie dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Tawau, Sdr. Kadir Karisman.

Demonstrasi tersebut dimulakan dengan mengedarkan beberapa ratus risalah kepada orang ramai lebih kurang pukul 4.00 ptg. Kemudian, semua ahli berkumpul di depan bangunan MARA.

Ketiga-tiga pimpinan mengambil masa selama lebih kurang 45 minit dengan disusuli oleh laungan Takbir, dan Harga Minyak Turun.

Orang ramai yang pada mulanya tidak memandang endah kemudiannya berasa terpegun apabila mendengar ucapan dan penerangan oleh para pimpinan. Keaadan bertambah resah sedikit apabila hampir 50 orang polis dan SB berkumpul dan bersiap sedia dan seakan-akan mengepung kawasan tersebut.

Turut juga kelihatan unit FRU siap dengan lori yang bersiap sedia untuk mengangkut sesiapa. Lebih kurang pukul 5ptg, semua orang bersurai setelah Sdr.

Mat Husin selaku Yang Di-Pertua Pas Kawasan Tawau berbincang dengan pihak Polis.

Akhirnya, dapat dikatakan orang ramai agak tergamam sedikit memandangkan budaya demonstrasi begini belum lagi sebati di daerah Tawau ini.

Namun begitu, DPPNS pastinya begitu berasa puas hati kerana telah berjaya menyampaikan sedikit maklumat kepada orang ramai.

Saturday, February 2, 2008

Skandal Seks Adun Sabah!!!

Malaysia Today telah menerima sepucuk surat daripada seorang lelaki yang bernama Mohd Ariffin Abdullah pada 23 Februari 2007. Pada mulanya hanya dianggap surat layang, namun setelah membaca isu kandungan dan turun gelanggang, dakwaan pengadu benar dan tepat.
Setelah hampir tiga bulan menjalankan siasatan Malaysia Today memutuskan untuk menyiarkan surat aduan ini yang ditujukan kepada Ketua Perhubungan, Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Wakil Malaysia Today di Semporna telah menemui pengadu namun meminta agar gambarnya tidak dirakamkan sebagai langkah keselamatan.

Menurut Mohd Ariffin, beliau merasa berdosa dan malu apabila hampir seluruh rakyat Kunak, Semporna dan Tawau mengetahui dan bercerita tentang skandal Adun Kunak, Datuk Haji Jasa Haji Rauddah.

Sebagai ahli Umno Silam, beliau merasa menjadi tanggungjawabnya untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan kerana merasa berdosa bersubahat dengan Adun yang berpangkat Datuk dan Haji.

“Pada mulanya saya tidak percaya perkara ini, tetapi apabila mendengar pengakuan mangsa iaitu Penolong Pegawai Daerah Kunak, Bahari Haji Yunus dan pertengkaran dengan isterinya, Suraya Hussin yang mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan YB Datuk Jasa, maka saya terpaksa menulis surat aduan kepada Ketua Perhubungan Umno Sabah,” ujar Mohd Ariffin yang begitu waspada menuturkan percakapannya.

Menurut Mohd Ariffin, Jasa selalu membawa Suraya ke Tawau dan Kota Kinabalu dengan alasan Suraya menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Puspanita Kunak sehinggalah Bahari merasakan berlaku perubahan ketara terutama hubungan ranjang dan layanan hambar Suraya sebagai isteri.

“Mereka sudah ada tiga orang anak, tetapi apa boleh buat, ADO Bahari terpaksa menceraikan isterinya setelah isterinya mengaku curang dengan Datuk Jasa,” ujar Mohd Ariffin yang simpati dengan Bahari dan anak-anaknya.

Tegas Mohd Ariffin, beliau terpaksa membersihkan nama baik Bahari yang dinista dan ditohmah sebagai mendapat ’habuan projek’ dan sehingga membenarkan isterinya menjadi ’isteri angkat’ (gundik projek) kepada Jasa.

“ADO Bahari begitu disayangi oleh penduduk Kunak, tetapi kami tidak sangka YB Jasa sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut,” ujar Mohd Ariffin yang turut menjalankan siasatan rapi sebelum mengambil keputusan menulis surat kepada Musa Aman.

Menurut Mohd Ariffin, sebelum ini Jasa pernah menjalinkan hubungan dengan bekas isteri Pegawai Daerah Lahad Datu, Samsu Baharun Abdul Rahman iaitu Sitti Jalmah Haji Armain yang merupakan bekas teman wanitanya sekalipun wanita itu telah bersuami. Sitti Jalmah kini merupakan isteri kepada Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Haji Mohd Yusof Jamli setelah diceraikan Samsu Baharun Abdul Rahman kerana kes sumbang mahram. Yusof Jamli ialah abang ipar kepada Samsu.

Dalam pada itu, selain skandal zina dengan isteri orang, ramai penduduk Kunak terutama Ketua cawangan Umno melaporkan bahawa Jasa juga mengkhianati ahli Umno Silam dengan melupakan janji yang dibuat semasa pilihan raya umum Mac 2004 terutama janji projek pembangunan kepada Cawangan Umno, perlantikan anak tempatan Kunak dan membawa Kunak membangun bersama Barisan Nasional.

“Semasa berkempen dulu, YB Jasa berjanji untuk membahagikan tanah kerajaan di Tingkayu kepada kami yang tidak bertanah. Tetapi setelah menang, dia bagi kepada taukey Cina. PKR dia yang urus dan terima wang daripada Cina tersebut untuk menutup banyak skandal YB Jasa,” ujar Lahmuddin yang selama ini begitu setia menyokong Jasa.

Tegas Lahmuddin lagi, seluruh penduduk di Ladang Tun Fuad dijanjikan akan diberi penempatan atau tapak rumah di tanah bekas Lapangan Terbang Kunak, tetapi Jasa luluskan kepada orang lain sehingga ahli Umno terpaksa menumpang di tanah orang lain kerana dihalau oleh Cina yang diluluskan tanah berkenaan.

Manakala Hazizul pula memberitahu Jasa mengamalkan nepotisme di dalam pentadbiran kerana semua pegawai lantikan politik dilantik di kalangan sanak-saudara dan ahli keluarganya.

“Dia lantik anak saudara dia, Eksxan Haji Muhammad sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO),” ujar Hazizul yang turut kesal kerana kebanyakan pegawai lantikan politik didatangkan khas daripada Semporna dan menidakkan peluang anak tempatan Kunak.

Jelas Hazizul lagi, Jasa turut melantik Mat Sah Talib, Mantan Pegawai Jabatan Pendidikan Daerah yang dibuang kerja setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana jenayah pecah amanah pada 2002 sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat Kunak (CDO).

“Seorang pesara polis, Maskor, pula dilantik sebagai Ketua Anak Negeri. Dia bukan ada jasa memperjuangkan Umno melainkan meminta rasuah semasa dia jadi polis. Kalau semua jawatan dia bagi kepada orang luar, bagaimana ahli Umno Silam?” ujar Hazizul yang amat kesal kerana kadar pengangguran di Kunak begitu tinggi.

Semasa berkempen untuk bertanding Naib Ketua Umno Bahagian Silam dan Dun Kunak, Jasa telah memberi jaminan kepada ahli Umno Silam di Kunak untuk mengutamakan mereka dalam sebarang pengagihan atau perlantikan jawatan. Jika tidak ada orang Kunak yang layak, barulah Jasa akan melantik orang luar yang berkelayakan.

“Tapi apa jadi? Jasa lantik budak hingusan dari Semporna, Nazrie Pintal sebagai Penolong Pegawai Kerja Majlis Daerah Kunak. Ramai anak Ketua Cawangan Umno yang berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana tidak ada kerja. Jadi pada pilihan raya akan datang suruhlah orang Semporna undi dia. Biarlah kami duduk di rumah, mogok…” ujar Makling dengan nada menyindir.

Makling menekankan, Jasa turut mengimport wanita daripada Semporna, iaitu Norjeti Haji Sulaiman untuk dilantik sebagai Kerani Pembangunan Majlis Daerah Kunak.
“Kau fahamlah kenapa dia pilih Norjeti. Macam juga apa dia buat pada Suraya,” ujar Makling yang menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan.

Manakala seorang kontraktor anak jati Kunak, Jasman, turut mengadu, Jasa membolot semua projek pembangunan untuk dirinya, keluarga dan suku-sakat serta sanggup merasuah pegawai penguatkuasa undang-undang dengan projek pembangunan.

“Banyak projek dia bagi kepada Ketua Polis Daerah Kunak, Inspektor Redzuan, Ketua Cawangan Khas Kunak dan juga kenduri projek dengan Pegawai Daerah, Kamlun Haji Pasal dan Penolong Pegawai Daerah Hussain dan sebagainya semata-mata mahukan laporan cemerlang agar dia terus menjadi calon BN, bila kami komplen. Kamlun kena tukar. Tapi OCPD masih jadi OCPD Projek,” ujar Jasman yang meminta Pesuruhjaya Polis Sabah menjalankan siasatan rapi.

Oleh kerana tiada pilihan dan harapan, Jasman terpaksa berhijrah ke Tawau untuk menjalankan projek Majlis Perbandaran Tawau dan projek kecil yang diagihkan secara saksama oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Bagi Johari pula, beliau berpendapat Jasa sudah lupa daratan kerana secara sesuka hati melakukan sesuatu mengikut kehendaknya tanpa mempedulikan undang-undang.

“Adakah patut dia buat rumah di atas tanah simpanan kerajaan?. Saudara saya, Pegawai Kerja Majlis Daerah Kunak, Industan Lumantang cakap, YB Jasa suruh dia bagi komen positif. Begitu juga dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah. Dia buat rumah bernilai setengah juta di atas tanah rezab. Ramai rakyat pohon tidak dapat. Tapi dia ceroboh dulu baru pohon. Saya dengar sudah lulus,” ujar Johari lagi.

Johari menjelaskan, sebelum Jasa membina rumah di atas tanah simpanan kerajaan, beliau telah membina rumah di atas tanah kerajaan iaitu di dalam kawasan Rumah Rehat Kunak. Apabila banyak pihak membuat aduan, Jasa tidak lagi tinggal di situ tetapi dia membuat rumah di atas tapak yang diceroboh tanpa sebarang kelulusan termasuk pelan bangunan.

“Apa mau buat, saudara saya terhutang budi kepada YB Jasa. Dulu dia rasuah pegawai BPR apabila mereka datang mau siasat Pegawai Kerja Majlis Daerah atas tuduhan rasuah. Oleh kerana semua rahsia di dalam tangan Industan, maka YB Jasa terpaksa campurtangan. Sampai sekarang tiada lagi BPR datang,” akui Johari yang terpaksa mendedahkan perkara ini kerana simpati bagi mengelakkan saudaranya menjadi kambing hitam.

Sementara itu, seorang pesara, Haji Sumaila menyifatkan Jasa terlalu mementingkan diri dan tidak menjaga politiknya dan bersikap samseng.

“Dia tidak patut menampar seorang pekerja wanita di Milimewa Kunak hanya sebab perkara kecil. Bawalah berunding. Mereka itu rakyat, jadi kalau wakil rakyat bersikap samseng dan menampar orang sesuka hati, bagaimana perasaan ibu bapa dan sanak-saudara pekerja itu? Mereka juga pengundi. Jadi kalau hati mereka disakiti, mahukah mereka undi BN lagi? Inilah susahnya kerja kami,” ujar Haji Sumaila yang sering berulang-alik dari Semporna ke Kunak kerana mengusahakan kolam ternakan udang.

Mengimbau kembali PRU di sabah sebelum era reformasi. Rakyat Sabah Mengundi Pembangkang?

Alhamdulillah selesai sudah Pilihanraya bagi Negeri Sabah. Sepanjang tempoh dua minggu selepas pembubaran DUN Sabah, maka keadaan perang poster dan ceramah telah kelihatan disana sini. Ini tidak termasuk pula dengan taburan projek, duit dan sebagainya yang telah dilemparkan kepada rakyat Sabah terutamanya yang berada dipedalaman oleh pihak Barisan Nasional.

Tidak dapat dinafikan begitu kuat sekali kesan propaganda sempena pilihanraya ini dimana semua media elektronik utama telah dikuasai oleh pihak Barisan Nasional. Ini tidaklah termasuk kesan propaganda melalui media cetak seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Majalah MASSA.

Kita semua telah sedia maklum atas kemenangan besar Barisan Nasional di Sabah yang mana ini menunjukkan mereka berjaya didalam usaha melobi penduduk tempatan sabah dan tidak lupa juga kepada pengaruh 'UNDI HANTU' serta 'UNDI POS'. Tahniah sekali lagi kepada yang menang dan diharapkan agar bersabar bagi yang kalah.

Tentu sekali didalam setiap kali pertandingan, pilihanraya ataupun undian, maka akan terdapat pihak yang menang dan pihak yang kalah. Pada pendapat saya sebagai pemerhati politik tempatan yang tidak menyetujui segala taktik kotor digunakan di dalam proses pilihanraya tidak dapat tidak ingin memberikan sedikit komen didalam apa yang berlaku pada senario ini.

Seperti biasa pada setiap kali pilihanraya semenjak dari tahun 1985 lagi telah saya perhatikan bahawa beberapa insiden yang tidak sihat telah berlaku. Ini termasuklah membeli undi, mengugut, memaksa, menipu, menggunakan pengundi hantu (pendatang asing) serta pelbagai lagi teknik untuk memastikan kemenangan berada pada tangan pihak pemerintah (Barisan Nasional). Oleh yang demikian maka tidak hairanlah jika pada kali ini mereka (BN) masih melakukan insiden yang sama.

Ini semuanya berpunca dari informasi yang telah didapati oleh pihak SB dan KEMAS yang menunjukkan pengaruh mereka (BN) telah merosot. Untuk memastikan kemenangan menyeluruh dan menampakkan kepada semua rakyat mereka masih diberikan mandat maka mereka sanggup berbuat sebegini.

Saya tidak boleh menyalahkan seratus peratus penduduk Sabah atas tindakan mereka mengundi Barisan Nasional sebagai pemimpin mereka. Ini adalah kerana sebilangan besar mereka yang telah di'rasuah' ini masih lagi berada pada tahap kemiskinan yang melampau. Walaupun begitu kemiskinan tidak boleh dijadikan satu alasan membolehkan mereka menerima 'rasuah'. Ini adalah satu tindakan yang tidak bermoral.

Berbalik kepada tajuk artikel ini dimana saya mengunjurkan persoalan iaitu 'Rakyat Sabah Mengundi Pembangkang?' yang mana ianya menunjukkan bahawa segala tindakan yang rakyat Sabah lakukan adalah sebenarnya satu kes terpencil.
Mengapa saya perkatakan sebegini?. Ini adalah kerana mengikut pemerhatian dan penyelidikan saya terhadap senario yang berlaku di Semenanjung Malaysia dimana Reformasi telah menjadi satu agenda tersendiri.
Pada pengamatan saya, saya dapati bahawa pada Pilihanraya Umum 1999 ini akan berlaku Pembangkang (Angkatan Perpaduan Ummah) bertukar menjadi Pemerintah Kerajaan Persekutuan dimana SABAH dan beberapa negeri lain (kes terpencil) akan dikuasai oleh Pembangkang (Barisan Nasional). Jika ini berlaku maka seperti biasalah Negeri Sabah masih dikuasai oleh pembangkang. Tahniah diucapkan.

Walaupun begitu Kerajaan 'APU' tidaklah sekejam Kerajaan 'BN' dahulu. Pembangunan masih tetap dijalankan dan semua peruntukan yang sewajarnya Negeri Sabah terima akan tetap disalurkan meskipun pembangkang (BN) menjadi pemimpin. Ketua Negeri Sabah pada masa itu semestinya YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. Bagi semua rakyat kaum Kadazan-Dusun, anda semua patutlah berbangga bahawa Ketua Menteri anda adalah bukannya anak negeri anda.

Mengikut senario yang berlaku sekarang, saya meramalkan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 18 Jun 1999 ini dimana pengundian akan dijalankan pada 13 Julai 1999. Oleh yang demikian saya amat berharap agar Kerajaan Persekutuan (APU) agar bersiap sedia melakukan usaha untuk memancing undi dan memastikan bahawa Pembangkang (BN) hanya tetap menjadi pembangkang.

Silalah gerakkan semua UNIT PUSAT UNDI dan juga bilik gerakan pilihanraya di semua lokasi petiundi. Dalam pada masa yang sama silalah mengawalselia SPR supaya tidak berlaku pembangkang (BN) menipu didalam pengundian. Kabinet Bayangan untuk pembentukan Kerajaan Persekutuan sesi 1999 - 2005 hendaklah disediakan dan diwarwarkan.Saya juga menggalakkan DSWA supaya bersedia di Kubang PAS(U) -[Kubang Pas Utara].

Tidak lupa juga kepada Dato' Dr Harun Din agar bersedia untuk menjatuhkan Shahidan Kassim. Dato' Dr Hassan Ali pula hendaklah bersedia di Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Ust Sabran Asmawi mestilah menguatkan agenda PAS di Negeri Perak supaya Ramli Ngah Talib akan balik ke Pasir Salak menjadi penjual buah durian.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan 'Selamat Mengundi' kepada semua rakyat Malaysia. Silalah pastikan bahawa anda tetap mengundi Kerajaan Persekutuan (APU) didalam pilihanraya kali ini.
Salam Sejahtera

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS)

Penduduk Kinabatangan membantah ladang babi

SANDAKAN 1 Feb. - Pembukaan ladang ternakan babi seluas 500 ekar di Kinabatangan terus mendapat bantahan keras masyarakat di lima buah kampung di mukim Entilibon termasuk para pemimpin kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, penduduk membantah pembukaan ladang tersebut kerana kawasan itu merupakan sebahagian daripada kawasan kampung dan akan menjejaskan kebersihan alam sekitar.

"Kita bukan menolak kemajuan tetapi masalah tanah yang di cadangkan untuk digunakan sebagai ladang ternakan ini adalah kawasan penempatan yang telah lama diteroka masyarakat di Kinabatangan.

"Kami pemimpin di sini tidak bersetuju dengan pembukaan ladang babi ini dan sebaiknya kerajaan melalui agensi yang terlibat perlu mencari kawasan lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Kinabatangan sesi 2008-2009 di sini semalam.

Turut hadir, Pembantu Menteri Infrastruktur, Datuk Aklee Abbas dan Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandor.

Bung Moktar berkata, lima kampung terlibat adalah Kampung Sanan, Samundu, Entilibon, Simpang dan Singah Mata yang mempunyai lebih 2,000 penduduk.

Katanya, tanah di kawasan di Entilibon tidak boleh dicemari oleh najis babi kerana akan memberi kesan kepada alam sekitar serta menjejaskan kebersihan sungai Kinabatangan yang menjadi sumber air bersih bagi penduduk di sini.

Bung Moktar berkata, apa yang membimbangkan para pemimpin di sini ialah ia akan membawa kepada pelbagai isu berkaitan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan penduduk.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan menyakinkan kerajaan dan agensi terlibat supaya tidak meneruskan projek ladang ternakan itu.