JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, February 2, 2008

Mengimbau kembali PRU di sabah sebelum era reformasi. Rakyat Sabah Mengundi Pembangkang?

Alhamdulillah selesai sudah Pilihanraya bagi Negeri Sabah. Sepanjang tempoh dua minggu selepas pembubaran DUN Sabah, maka keadaan perang poster dan ceramah telah kelihatan disana sini. Ini tidak termasuk pula dengan taburan projek, duit dan sebagainya yang telah dilemparkan kepada rakyat Sabah terutamanya yang berada dipedalaman oleh pihak Barisan Nasional.

Tidak dapat dinafikan begitu kuat sekali kesan propaganda sempena pilihanraya ini dimana semua media elektronik utama telah dikuasai oleh pihak Barisan Nasional. Ini tidaklah termasuk kesan propaganda melalui media cetak seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Majalah MASSA.

Kita semua telah sedia maklum atas kemenangan besar Barisan Nasional di Sabah yang mana ini menunjukkan mereka berjaya didalam usaha melobi penduduk tempatan sabah dan tidak lupa juga kepada pengaruh 'UNDI HANTU' serta 'UNDI POS'. Tahniah sekali lagi kepada yang menang dan diharapkan agar bersabar bagi yang kalah.

Tentu sekali didalam setiap kali pertandingan, pilihanraya ataupun undian, maka akan terdapat pihak yang menang dan pihak yang kalah. Pada pendapat saya sebagai pemerhati politik tempatan yang tidak menyetujui segala taktik kotor digunakan di dalam proses pilihanraya tidak dapat tidak ingin memberikan sedikit komen didalam apa yang berlaku pada senario ini.

Seperti biasa pada setiap kali pilihanraya semenjak dari tahun 1985 lagi telah saya perhatikan bahawa beberapa insiden yang tidak sihat telah berlaku. Ini termasuklah membeli undi, mengugut, memaksa, menipu, menggunakan pengundi hantu (pendatang asing) serta pelbagai lagi teknik untuk memastikan kemenangan berada pada tangan pihak pemerintah (Barisan Nasional). Oleh yang demikian maka tidak hairanlah jika pada kali ini mereka (BN) masih melakukan insiden yang sama.

Ini semuanya berpunca dari informasi yang telah didapati oleh pihak SB dan KEMAS yang menunjukkan pengaruh mereka (BN) telah merosot. Untuk memastikan kemenangan menyeluruh dan menampakkan kepada semua rakyat mereka masih diberikan mandat maka mereka sanggup berbuat sebegini.

Saya tidak boleh menyalahkan seratus peratus penduduk Sabah atas tindakan mereka mengundi Barisan Nasional sebagai pemimpin mereka. Ini adalah kerana sebilangan besar mereka yang telah di'rasuah' ini masih lagi berada pada tahap kemiskinan yang melampau. Walaupun begitu kemiskinan tidak boleh dijadikan satu alasan membolehkan mereka menerima 'rasuah'. Ini adalah satu tindakan yang tidak bermoral.

Berbalik kepada tajuk artikel ini dimana saya mengunjurkan persoalan iaitu 'Rakyat Sabah Mengundi Pembangkang?' yang mana ianya menunjukkan bahawa segala tindakan yang rakyat Sabah lakukan adalah sebenarnya satu kes terpencil.
Mengapa saya perkatakan sebegini?. Ini adalah kerana mengikut pemerhatian dan penyelidikan saya terhadap senario yang berlaku di Semenanjung Malaysia dimana Reformasi telah menjadi satu agenda tersendiri.
Pada pengamatan saya, saya dapati bahawa pada Pilihanraya Umum 1999 ini akan berlaku Pembangkang (Angkatan Perpaduan Ummah) bertukar menjadi Pemerintah Kerajaan Persekutuan dimana SABAH dan beberapa negeri lain (kes terpencil) akan dikuasai oleh Pembangkang (Barisan Nasional). Jika ini berlaku maka seperti biasalah Negeri Sabah masih dikuasai oleh pembangkang. Tahniah diucapkan.

Walaupun begitu Kerajaan 'APU' tidaklah sekejam Kerajaan 'BN' dahulu. Pembangunan masih tetap dijalankan dan semua peruntukan yang sewajarnya Negeri Sabah terima akan tetap disalurkan meskipun pembangkang (BN) menjadi pemimpin. Ketua Negeri Sabah pada masa itu semestinya YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. Bagi semua rakyat kaum Kadazan-Dusun, anda semua patutlah berbangga bahawa Ketua Menteri anda adalah bukannya anak negeri anda.

Mengikut senario yang berlaku sekarang, saya meramalkan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 18 Jun 1999 ini dimana pengundian akan dijalankan pada 13 Julai 1999. Oleh yang demikian saya amat berharap agar Kerajaan Persekutuan (APU) agar bersiap sedia melakukan usaha untuk memancing undi dan memastikan bahawa Pembangkang (BN) hanya tetap menjadi pembangkang.

Silalah gerakkan semua UNIT PUSAT UNDI dan juga bilik gerakan pilihanraya di semua lokasi petiundi. Dalam pada masa yang sama silalah mengawalselia SPR supaya tidak berlaku pembangkang (BN) menipu didalam pengundian. Kabinet Bayangan untuk pembentukan Kerajaan Persekutuan sesi 1999 - 2005 hendaklah disediakan dan diwarwarkan.Saya juga menggalakkan DSWA supaya bersedia di Kubang PAS(U) -[Kubang Pas Utara].

Tidak lupa juga kepada Dato' Dr Harun Din agar bersedia untuk menjatuhkan Shahidan Kassim. Dato' Dr Hassan Ali pula hendaklah bersedia di Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Ust Sabran Asmawi mestilah menguatkan agenda PAS di Negeri Perak supaya Ramli Ngah Talib akan balik ke Pasir Salak menjadi penjual buah durian.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan 'Selamat Mengundi' kepada semua rakyat Malaysia. Silalah pastikan bahawa anda tetap mengundi Kerajaan Persekutuan (APU) didalam pilihanraya kali ini.
Salam Sejahtera

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS)

No comments: