JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, February 2, 2008

Penduduk Kinabatangan membantah ladang babi

SANDAKAN 1 Feb. - Pembukaan ladang ternakan babi seluas 500 ekar di Kinabatangan terus mendapat bantahan keras masyarakat di lima buah kampung di mukim Entilibon termasuk para pemimpin kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, penduduk membantah pembukaan ladang tersebut kerana kawasan itu merupakan sebahagian daripada kawasan kampung dan akan menjejaskan kebersihan alam sekitar.

"Kita bukan menolak kemajuan tetapi masalah tanah yang di cadangkan untuk digunakan sebagai ladang ternakan ini adalah kawasan penempatan yang telah lama diteroka masyarakat di Kinabatangan.

"Kami pemimpin di sini tidak bersetuju dengan pembukaan ladang babi ini dan sebaiknya kerajaan melalui agensi yang terlibat perlu mencari kawasan lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Kinabatangan sesi 2008-2009 di sini semalam.

Turut hadir, Pembantu Menteri Infrastruktur, Datuk Aklee Abbas dan Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandor.

Bung Moktar berkata, lima kampung terlibat adalah Kampung Sanan, Samundu, Entilibon, Simpang dan Singah Mata yang mempunyai lebih 2,000 penduduk.

Katanya, tanah di kawasan di Entilibon tidak boleh dicemari oleh najis babi kerana akan memberi kesan kepada alam sekitar serta menjejaskan kebersihan sungai Kinabatangan yang menjadi sumber air bersih bagi penduduk di sini.

Bung Moktar berkata, apa yang membimbangkan para pemimpin di sini ialah ia akan membawa kepada pelbagai isu berkaitan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan penduduk.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan menyakinkan kerajaan dan agensi terlibat supaya tidak meneruskan projek ladang ternakan itu.

No comments: