JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, February 16, 2008

807,862 layak mengundi di Sabah

Kira-kira 807,862 rakyat di negeri ini layak mengundi pada pilihan raya umum ke-12 yang akan diadakan pada 8 Mac ini, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Rafidah Datu Derin.

Katanya, jumlah tersebut menunjukkan penambahan pengundi sebanyak 38,918 yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-12 ini, berbanding pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004 iaitu kira-kira 768,943 orang pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pilihan raya pada kali ini melibatkan 12,000 petugas SPR di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan daripada jumlah itu seramai 11,753 petugas akan bertugas di Sabah manakala selebihnya di Labu-an,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
SPR hari ini mengumumkan pengundian pada pilihan raya umum ke-12 ditetapkan pada 8 Mac ini manakala penamaan calon ialah pada 24 Februari .

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, seramai 10,922,139 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari lepas.

Beliau berkata, buat pertama kalinya peti undi lut sinar akan digunakan di seluruh negara termasuk di Sabah pada pilihan raya kali ini untuk se-mua 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 Parlimen di negeri ini..

Mengenai taklimat yang diadakan oleh SPR Sabah bersama-sama semua parti-parti politik di negeri ini yang diada-kan hari ini, Rafidah berkata, semua pihak sudah bersiap sedia dan akan memberi kerjasama bagi memastikan pilihan raya ke-12 berjalan lancar.

Bagi persiapan SPR Sabah katanya, pihaknya sudah menghantar peti-peti dan peralatan serta dokumen yang akan digunakan semasa pilihan raya itu ke beberapa daerah seperti Kudat, Kota Marudu, Sandakan, Te-nom, Beluran, Libaran, Putatan dan Penampang.

Selebihnya katanya, akan dihantar pada minggu ini dalam jangka masa tiga hari ianya akan selesai sebelum hari penamaan calon.

“Antara peralatan yang kita hantar ialah kelengkapan untuk pilihan raya seperti peti undi, dokumen, topi,baju, payung dan sebagainya,” ujarnya.

No comments: