JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, February 13, 2008

Isu Ladang Babi Di Kinabatangan. Penduduk Pribumi Dipinggirkan.

Isu pembukaan ladang ternakan khinzir di Entili-bon, Kuamut kira-kira 130 kilometer dari Sandakan, bukan saja membawa kepada isu pencemaran alam sekitar tetapi isu “kepinggiran rakyat asalnya” atau identiti masyarakat yang mendiaminya sejak 40 tahun lepas.

Penduduknya bukan menolak pembangunan, apalagi nasib mereka ibarat isu “kerdil” untuk didengar tetapi bagaimana dengan kesan kepada ri-buan penduduk atau pengguna yang menggunakan sumber air bersih sungai Kinabatangan kelak?

Perlu diketahui umum kira-kira 60 juta liter gelen sehari diperlukan oleh lebih 30 ribu pengguna berdaftar di daerah Sandakan tidak termasuk pengguna daerah ini.

Bayangkan saja apabila cadangan membuka ladang seluas 500 ekar di Entilibon, Kuamut yang menggunakan sebahagian tanah kampung serta sungai Mosum, Entilibon yang merupakan cabang sungai Kinabatangan “dicemari” dengan najis ternakan khinzir.

Bukan menghalang hasrat pihak berwajib tetapi kedudukannya sebagai sebuah ladang ternakan tidak sesuai kerana 70 peratus tanah yang diwar-takan sebagai ladang penternakan Jabatan Haiwan dan Perusahan Terna-kan telah menghasilkan tanaman padi, getah dan kelapa sawit milik lebih 2,000 penduduk meliputi lima buah kampung dalam Dun Kuamut itu sejak kawasan itu didiami.

“Kami akan menjadi pengemis di tanah sendiri, jika tanah yang kami sujud dan sanjungi selama ini menghalau kami dari sini,” itulah antara kata-kata yang sering diluahkan oleh penduduk Entilibon.

Dua masalah iaitu pencemaran sungai dan pengambilan tanah, antara reaksi penduduk terhadap isu yang mendapat bantahan penduduk sejak awal Januari lepas.

Bagi seorang wanita, Salikin Samu-ndo, 55 berkata nasib mereka harus dibela kerana ke mana lagi mereka di-tempatkan, sekiranya tanah yang mereka usahakan dan wariskan kepada anak dan generasi dari keturunan suku Id-ahan di masa depan.

“Kami merayu pada pihak berwajib jangan ambil tanah kami ini. Inilah sajalah harta kami yang kami wariskan kepada cucu-cucu kami nanti,” kata wanita yang mengusahakan kebun getahnya dengan penuh harapan nasib mereka mendapat perhatian.

Begitu juga bagi Golukin Poit, 58, pemilik kebun kelapa sawit seluas 50 ekar yang sudahpun menghasilkan bu-ah sejak beberapa tahun lepas mela-hirkan kebimbangan terhadap masalah pengambilan tanah yang mereka usahakan bersama keluarga masing-masing.

Katanya berdasarkan laporan dari pihak agensi, tanah yang sudah diusahakan akan dijadikan sebuah kawasan bangunan dan makmal bagi ladang ternakan itu.

“Saya begitu bimbang kerana ke mana lagi kami mahu pergi jika tanah yang kami duduki ini diambil kerajaan semula,” katanya sambil berharap agar nasib mereka terus dibela sama ada oleh wakil pemimpin di kampung ter-sebut dan pihak berwajib.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan yang membawa kepada isu bantahan secara aman itu, Pengerusi Jawatankuasa Kese-lamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kampung Simpang Entilibon, Samon Unau, 54, meminta pihak berwajib mengeluarkan tanah mereka diami dari kawasan perternakan haiwan.

“Saya begitu sedih dan kami semua di kampung ini seperti berharap ada keajaiban diberikan kepada kami kerana isu pembukaan ladang ini telah mengambil ratusan milik penduduk seperti rumah, kebun, ladang getah, sawit dan tanaman padi,” katanya sambil menunjukkan bukti dokumen sokongan bahawa kawasan yang mereka diami adalah tanah yang pernah diberikan kerajaan ketika memerintah pada awal 80an.

Samun bekas seorang guru, mendakwa mereka terlebih dahulu memohon ia sebagai perkampungan dan ke-mudian mendapat kelulusan sebelum kawasan diwartakan sebagai kawasan perladangan pada 2003.

Beliau yang kini mengusahakan ladang kelapa sawit bersama seorang anak lelakinya yang baru saja menamatkan pengajian di Institusi Penga-jian Tinggi, “kami menyahut seruan kerajaan mahukan tanah kami usahakan agar kami tidak menjadi rakyat miskin dan terus mengharap bantuan kerajaan,” tegasnya.
Satu perhimpunan “paket” secara aman yang diadakan oleh penduduk bermula dari balai kampung Simpang sehingga ke sungai Mosum dengan tujuan agar sungai itu tidak cemari yang merupakan sumber air bagi masyarakat di 13 buah kampung dalam mukim Entilibon mendesak campur tangan kerajaan Negeri Sabah.

Penduduk bukan saja tidak puas hati dengan penjelasan pegawai Jaba-tan Haiwan dan Perusahan Ternakan yang berpejabat di pekan kecil Enti-libon yang memaklumkan kepada penduduk bahawa tanah mereka diami telah diwartakan sebagai kawasan penternakan itu tetapi mahukan pembelaan dari wakil dari ahli berhormat di Kinabatangan, termasuk CDO, Kuamuat Majid Lindan yang hadir pada perjumpaan penduduk kampung tersebut itu.

Isu bantahan pembukaan ladang khinzir mendapat perhatian sejak September 2007, bagaimanapun reda sebaik Menterinya, Datuk Rahim I-smail memberi penjelasan bahawa kerajaan belum ada cadangan untuk meletakkan ternakan Khinzir di kawasan Kinabatangan.

Bagaimanapun kegembiraan penduduk hanya seketika apabila cadangan membuka ladang itu dimaklumkan semula dengan kerja-kerja mengukur tanah ternakan dimulakan pada beberapa bulan kemudian.

“Apa yang kami bimbangi sekarang ini kami menerima surat untuk berpindah! Sekiranya kerajaan mahu tanah ini, ke mana harus kami pergi….kami takut sekiranya tanah kami ini tergadai dan kami pula menjadi pengemis di tanah air sendiri,” kata-kata itulah yang sering diungkap oleh ratusan yang menghadiri perhimpunan secara aman di kampung itu termasuk sungai Mosum, Kinabatangan itu.

Masalah berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimennya, Datuk Bung Moktar Radin dalam kenyataan akhbarnya pada 31 Januari lepas mendedahkan lebih lebih 2,000 penduduk berhadapan dengan masalah pencemaran sungai dan manusia kelak.

Pemimpin di Kinabatangan itu ma-hu projek itu dipindahkan ke kawasan lain bagi memberi ruang kepada penduduk yang didiami lebih 2,000 orang terus selesa di tanah yang mereka bangunakan sebagai perkampungan sejak sekian lama.

Apa yang membimbangkan penduduk Entilibon, ternakan ladang khinzir kelak yang didakwa penduduk bakal diternak di kawasan seluas 500 ekar mengunakan sebahagian besar tanah perkampungan atau 70 peratus dari keluasan tanah kampung itu.

Rekod kependudukan Entilibon bermula pada tahun 1970, ketika peluang pekerjaan hutan diterokai yang akhirnya membuka kawasan Entilibon sebagai penempatan yang kemudian membawa masuk kemudahan infrastruktur asas rakyat seperti bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan, Bangu-nan Kesihatan, Sabah Eletrikcity Sdn. Bhd (SESB), Lembaga Tabung Getah Negeri, Tabika dan terbaru projek jalan raya penghubung antara Telupid ke Tongod.

Jarak Entilibon ke jalan utama Sandakan – Telupid hanya kira-kira 25 kilometer merupakan pekan yang se-dang membangun dan menjadi tum-puan masyarakat dari kawasan pendalaman seperti Kuamut dan Telupid.

Bagi Pemaju Mukim Entilibon, Jaini Sayang, berkata tiada yang lebih baik dari memastikan rakyat di ka-wasan berkenaan terbela.

Beliau menjelaskan beliau bersama penduduk dan wakil rakyat Jonny Intang, pernah menemui Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Bobbey Suan pada November tahun lepas untuk merayu agar tanah mereka dikeluarkan dari kawasan ladang perternakan.

Rata-rata penduduk yang mendiami Entilibon, yang terletak berhampiran kawasan tadahan, Maliau Basin yang merupakan kawasan khazanah paling terindah di dunia sehingga digelar “The Lost World” oleh pengkaji dunia dan sungai Kinabatangan sebagai kawasan Koridor hidupan liar mengharapkan kawasan tanah mereka diami terus dilindungi dari pencerobohan dan ditangani secara telus dan bertelaransi.

1 comment:

Unknown said...

salam wahai saudara seagama ku,saya amat bersimpati dengan masalah yang dihadapi,sebagai anak kelahiran telupid saya tumpang sedih di atas nasib yang berlaku ke atas umat islam di daerah telupid.terusakan perjuangan dan jangan gentar dengan ujian yang datang.