JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, February 7, 2008

Bekas Ketua Menteri Sabah, Saman Ketua Menteri sabah

KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Kebajikan Thean Hou Kudat, Tan Sri Chong Kah Kiat Rabu, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kerana didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung penarikan balik kelulusan untuk mendirikan patung Mazu (Dewi Laut) di Kudat.

Plaintif, yang diwakili oleh peguam Ansari Abdullah, turut menamakan tiga yang lain sebagai defendan dalam saman itu, iaitu bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk KY Mustafa, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Ujang Sulani serta Lembaga Perumahan dan Bandar Kudat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Chong, bekas Ketua Menteri Sabah, berkata sebelum pengeluaran surat penarikan balik sokongan terhadap projek Mazu oleh Lembaga Perbandaran Kudat, setiausaha eksekutifnya telahpun mengeluarkan surat kepada plaintif pada 25 Mei, 2006, mengarahkan kerja-kerja pembinaan patung itu dihentikan sementara menunggu kelulusan dan arahan selanjutnya daripada Pejabat Ketua Menteri.

Beliau berkata susulan itu pada 6 Jun,2006, Ujang menulis surat kepada Lembaga Perbandaran Kudat mengarahkan kerja-kerja pembinaan projek itu dihentikan sementara menunggu kelulusan Ketua Menteri.

Chong berkata surat yang menggambarkan tapak projek itu sebagai berhampiran dengan Masjid AsySyarikin di Kudat, menjadikannya sebab bagi arahan itu dikeluarkan dan pelbagai pihak telahpun membantah pembinaan patung itu di tapak berkenaan.

Beliau selanjutnya mendakwa bahawa pada 23 Jun tahun yang sama, KY Mustafa menghantar surat kepada Lembaga Perbandaran Kudat yang menyatakan bahawa kerajaan negeri, selepas mengambil kira semua perkara, memutuskan supaya kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta.

Plaintif tidak menyedari keputusan seperti itu dibuat oleh kerajaan negeri.
Chong berkata percubaan beliau untuk mendapatkan kebenaran Ketua Menteri supaya membenarkan kerja-kerja ke atas projek itu diteruskan sehingga siap, menemui kegagalan.

Di samping itu, katanya pada 28 Julai 2006, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Ujang dan Lembaga Perbandaran Kudat, sepucuk surat yang didakwa mengandungi fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Sabah pada 7 Julai, tahun yang sama.

Fatwa berkenaan yang dialamatkan kepada Ketua Menteri secara khusus mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan patung itu perlu dihentikan segera memandangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Chong berkata beliau bertemu beberapa orang yang berpengaruh bagi mencari penyelesaian kepada masalah itu, yang nampaknya muncul secara tiba-tiba selepas kerja-kerja pembinaan patung berkenaan dimulakan, tetapi tidak mendatangkan hasil. BERNAMA

No comments: