JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, April 4, 2010

Din Berambai : Hadiahkan Al-fatihah, bukan lagu. Faham !!!



TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi yang kembali ke rahmatullah malam kelmarin.

Saya juga berkesempatan bersama seorang rakan menziarahi arwah pada sebelah pagi jenazah dikebumikan semalam.

Sepanjang perjalanan saya dari pejabat yang terletak di Jalan Ipoh ke Taman Ehsan (tempat jenazah disemadikan), saya mendengar radio yang menjadi tempat Allahyarham Din Beramboi bertugas setiap pagi itu.

Apa yang menyedihkan, sepatutnya radio tempat arwah bekerja menyiarkan bacaan surah Al-Fatihah, Yasin atau surah-surah Al-Quran untuk arwah tetapi lain pula jadinya.

Penyampai radio pagi itu (beragama Islam) memberi dedikasi kepada arwah dengan memutarkan lagu Barat (Inggeris) untuk arwah.

Saya hormati sekiranya penyampai itu membaca SMS dan menerima panggilan takziah daripada pendengar dan peminat arwah, tetapi amat tidak wajar bila dedikasi kepada arwah dengan lagu Barat yang tidak mempunyai apa-apa makna selain hiburan yang melalaikan.

Justeru, saya berharap agar semua pihak memandang berat perkara ini.

Apa perasaan keluarga arwah apabila mengetahui rakan penyampai arwah sendiri di radio mendedikasikan lagu Inggeris itu.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengajak pembaca sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Al-Fatihah.

MUHAMMAD SULHI,

1 comment:

Aufa said...

Menurut Imam As-Syafi'e yang dinukil oleh Imam Ibnu Katsier dalam kitabnya Tafsir Ibnu Katsier ketika membahaskan surah an-Najm, dinyatakan bahawa pahala bacaan tidak sampai kepada orang yang telah meninggal dunia...