JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, February 24, 2012

Hala tuju Melayu Pulau Pinang : Umno dan DAP negeri dicadang debat

Masdar Wahid

Pengerusi Umno Pulau Pinang dicadangkan berdebat dengan seorang veteran Melayu dari DAP di negeri itu, kata Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak.

Ini kerana katanya, isu memfitnah sesama masyarakat Melayu seperti tiada kesudahan selain debat itu juga bertujuan memperjelas hala tuju politik Melayu di Pulau Pinang.

"KMPP mencadangkan atas nama politik dan ekonomi Melayu pada masa depan, satu sesi debat perlu diadakan secara langsung antara pemimpin Umno Pulau Pinang dan pemimpin Melayu dari DAP negeri ini.

"Cadangan ini realistik terutamanya di Pulau Pinang di mana Melayu berada dalam situasi “LIMBO” apabila BN tidak lagi berkuasa dan apa perancangan Pakatan Rakyat terutamanya DAP untuk Melayu di negeri ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini katanya, Umno negeri mencanangkan kononnya sudah bersedia berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) dan turut mendakwa mampu menawan empat kerusi parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini bermakna mereka begitu yakin sokongan Melayu negeri sudah meningkat dan pada masa sama DAP serius menempatkan calon Melayu bagi menghadapai PRU13.

"Justeru, cadangan KMPP untuk mereka berdebat tepat pada masanya dan semoga hala tuju dan masa depan Melayu Pulau Pinang dapat diterjemah melalui sesi debat itu," katanya lagi.

Oleh itu, beliau berharap kedua belah pihak bersetuju dengan cadangan itu dengan KMPP bersedia menjadi penganjur.

Sejak Pakatan Rakyat menawan Pulau Pinang pada PRU lalu, Umno negeri bersama medianya kerap memanipulasi isu perkauman dengan memburukan Pakatan di negeri itu kononnya Melayu ditindas dan dipinggirkan.

Hakikatnya, di bawah pentadbiran Pakatan, Melayu di negeri itu lebih baik termasuklah dasar menaikan elaun Imam, bantuan tahunan untuk golongan miskin yang majoritinya Melayu selain membebaskan Masjid dan Surau dari cengkaman politik.

Sepanjang Umno bersama sekutunya memerintah Pulau Pinang, tanah Melayu banyak dirampas dan dijual sehingga Melayu ramai berhijrah ke Kedah dan ini tidak diberi penekanan oleh media Umno.

1 comment:

Anonymous said...

Mana UMNO Pulau Pinang?..Ada brani debat ka?...selalu kutuk Melayu DAP, lani jom debat bagi semua melayu ppinang pikir sendiri. UMNO bela melayu atau UMNO yg halau melayu?...Dah tau jawapan, UMNO ni pondan, sure diam jaa isu ni?