Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak yakin Usno dapat dihidupkan semula di Sabah memandangkan semua pemimpin parti itu telah menyertai Umno.
"Saya ingat mereka tidak boleh hidupkan semula Usno sebab Usno telah kita alihkan untuk kita lahirkan Umno. Ini merupakan langkah penyatuan kerana dahulu (Melayu dan bumiputera) berada dalam Berjaya, PBS (Parti Bersatu Sabah) dan Usno," katanya pada 5 Februari 2012.
Mohd Shafie mengulas usaha pihak tertentu yang dikatakan cuba menghidupkan semula Usno menjelang pilihan raya umum ke-13.
Usno sebelum pembubarannya diteraju pemimpin veteran Umno seperti Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Tun Sakaran Dandai.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata sekalipun tindakan itu mungkin mempunyai matlamat yang baik, namun manfaatnya lebih besar jika semua kaum Melayu dan bumiputera bersatu di bawah payung Umno demi keutuhan agama Islam di Sabah.
No comments:
Post a Comment