JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, February 3, 2012

Jamil Khir akui guna dana Yayasan Taqwa di t'ganu dan Kelantan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikaitkan dengan penyelewengan dana Yayasan Taqwa untuk kepentingan politiknya mengakui menggunakan dana itu.

Bagaimanapun, Jamil berkata, oleh kerana dana Yayasan Taqwa untuk disalur ke seluruh negara, maka ia turut diguna di Kelantan dan Terengganu.

"Seluruh negara kita beri bantuan melalui Yayasan Taqwa. "Baru ni saya bagi bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, seperti di lapor Malaysiakini.

Terenggannu dan Kelantan ialah dua negeri di mana kedudukan Umno sangat kritikal berdepan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Semalam Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Jamil menggunakan dana Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan bertujuan menjaga kebajikan penduduk.

Pada November tahun lalu, Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut mendedahkan Jamil menyalahgunakan dana Yayasan Taqwa.

Berdasarkan satu surat, katanya, Jamil didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Sementara itu, Semakan keadilandaily dalam laman web Yayasan Taqwa mendapati, selain bantuan diagihkan kepada penduduk luar wilayah persekutuan, pemimpin Umno turut dijemput merasmikan dan menyampaikan bantuan dalam program anjuran yayasan itu.

Antaranya, program dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Katil, Melaka pada Jun lalu untuk memberikan bantuan kepada anak yatim berjumlah RM80,300.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam merangkap ADUN Bukit Baru, Melaka.

Selain itu, Yayasan Taqwa turut mengajurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan (SRA) 2011 peringkat Negeri Sembilan di Dewan Institut Tahfiz Al-Quran, Gemencheh dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tampin.

Majlis itu dirasmikan oleh ADUN Gemencheh, Dato’ Mohd Kamil Abd Aziz pada 23 Julai tahun lalu.

No comments: