JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, February 7, 2012

60 Peratus Veteran Tentera Di Sarawak Didakwa Hidup Miskin

Kira-kira 60 peratus daripada 13,550 orang bekas anggota tentera di Sarawak hidup di bawah paras garis kemiskinan, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia Sarawak, Lt Kol Monday Juhid.

Mereka terdiri daripada veteran tentera yang tidak menerima pencen selepas menamatkan perkhidmatan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kebajikan kepada anggota veteran oleh Panglima Tiga Briged, Brig Jen Hasagaya Abdullah.

Monday berkata JHEV sedang menggiatkan usaha mencari dan mendaftar kesemua veteran tentera di negeri itu, namun setakat ini usaha berkenaan hanya berjaya mencatatkan 6,500 orang.

"Lebih separuh lagi yang belum mendaftar dengan kami dan kita akan menggunakan jaringan hubungan dengan 18 buah cawangan Persatuan Bekas Perajurit di negeri ini untuk menyampaikan maklumat jabatan kepada veteran yang terlibat," katanya pada 25 Januari 2012, lapor Bernama.

Monday berkata JHEV Sarawak bercadang mengadakan lapan program kaunter bergerak sebagai satu lagi strategi melebarkan jangkauannya di negeri itu.

Menurutnya masalah logistik di kawasan luar bandar Sarawak telah dikenal pasti sebagai antara punca yang mengekang veteran tentera untuk mendaftar dengan JHEV.

"Ada juga segelintir bekas tentera yang kurang berminat untuk mendaftar atas alasan tidak memberikan apa-apa faedah kepada mereka, tetapi jumlah mereka ini sedikit sahaja," katanya.

JHEV ATM yang terletak di bawah Kementerian Pertahanan ditubuh pada 2001.

"Selain skim bantuan sara hidup, pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, perubatan dan bencana, jabatan juga menyediakan perkhidmatan bimbingan dan bantuan keusahawanan untuk bekas tentera," kata Monday.

No comments: