JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, February 22, 2012

Pembatalan Snap: ROS dapat kebenaran merayu

PUTRAJAYA 21 Feb. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pembatalan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) oleh badan itu, sebagai tidak sah dan terbatal.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datin Paduka Zaleha Zahari memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan ROS.

ROS merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2010 yang membenarkan permohonan bekas Timbalan Presiden Snap, Datuk Justine Jinggut untuk mengetepikan keputusan pembatalan parti tersebut, 10 tahun lalu.

ROS dibenar mengemukakan empat persoalan undang-undang berhubung tafsiran Seksyen 16(1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang isunya melibatkan kepentingan awam serta belum pernah diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara sebelum ini.

Persoalan itu sama ada badan tersebut mempunyai kuasa di bawah Seksyen 16(1) untuk memutuskan kesahihan mesyuarat pihak-pihak dalam pertikaian sebelum memutuskan terdapat pertikaian mengenai identiti pemegang-pemegang jawatan.

Persoalan itu turut melibatkan sama ada mahkamah, setelah menimbang fakta kes secara objektif, boleh memutuskan bahawa tidak terdapat pertikaian mengenai identiti pemegang-pemegang jawatan bagi membolehkan ROS mengeluarkan notis di bawah Seksyen 16(1).

Isu undang-undang itu turut melibatkan sama ada di bawah Seksyen 16 dibaca bersama Seksyen 13(2), ROS hendaklah bertindak secara mekanikal atau mempunyai budi bicara untuk membatalkan pendaftaran sesuatu pertubuhan sekiranya syarat-syarat di bawah Seksyen 16(1) tidak dipatuhi.

Selain itu, persoalan yang juga akan dihujahkan ialah sama ada di bawah Seksyen 16 dibaca bersama Seksyen 13, ROS dikehendaki memberikan alasan-alasan bagi keputusan beliau untuk membatalkan pendaftaran sesuatu pertubuhan sekiranya syarat-syarat di bawah Seksyen 16(1) tidak dipatuhi.

Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili ROS manakala peguam Khoo Guan Huat mewakili Justine.

Pada 15 September 2006, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menolak dengan kos permohonan Justine untuk mengetepikan keputusan ROS itu selepas berpuas hati bahawa permohonan semakan kehakimannya tidak mempunyai merit.

Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa memang wujud pertikaian dalam Snap dan ROS ketika mengeluarkan notis membatalkan parti itu di bawah Seksyen 16 dan 13.

Justine mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah certiorari bagi mengetepikan keputusan ROS bertarikh 5 November 2002 dan mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan ROS itu adalah batal dan tidak mempunyai kesan.

Permohonan asal dikemukakan pada 25 November 2002 selepas Pendaftar ROS, Datuk Ismail Dolah Harun pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran parti yang ketika itu sudah berusia 41 tahun, ekoran kegagalan menyelesaikan krisis kepimpinannya.

No comments: