JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Friday, February 3, 2012
Umno pecahkan BN - Adun BN
MIRI: Usaha segelintir pihak yang mahu menubuhkan Kelab Penyokong Umno di utara negeri ini dikesali ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini, yang menganggapnya bertujuan memecahbelahkan perpaduan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, itu akan menjadikan lagi krisis BN di negeri ini kian parah.
Katanya, ketika ini semua mata tertumpu dengan usaha wakil rakyat BN yang tidak berparti menubuhkan Kelab Penyokong BN dan jika kelab ini diterima umum, maka mereka juga terpaksa menerima Kelab Penyokong Umno dan kemudian akan ada lagi kelab-kelab lain selepas ini.
“Keduanya kita perlu lihat, adakah Kelab Penyokong Umno ini ditubuhkan dengan ikhlas mahu menyokong BN Negeri ini atau sekadar untuk menguji?
“Justeru apabila kita mendengar pula kelab ini ditubuhkan, apakah tujuan mereka,” katanya pada 31 Januari lalu.
Dennis mengulas tindakan seoran pemuda di Miri menubuhkan Kelab Penyokong Umno sehari sebelum itu.
Dennis adalah antara Adun BN yang mendapat tentangan sengit dari Pakatan Rakyat dalam pilihan negeri April tahun lalu.
Bagi seorang pemimpin sebuah parti komponen BN peringkat cawangan di sini, tindakan menubuh Kelab Umno itu sebagai musuh dalam selimut.
“Memang benar UMNO adalah parti BN, Namun apa yang menjadi persoalan di sini ialah, UMNO itu sendiri tidak wujud di Sarawak,” soalnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment