JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, February 23, 2012

'Logo Setan' kekal - Hasan Ali


SHAH ALAM – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan pihaknya tiada masalah menggunakan logonya, mes­kipun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terhadap penggunaan logo tersebut.
Tegasnya, apa sahaja bentuk logo tidak akan menimbulkan masalah sekiranya tidak bertentangan dengan jiwa Islam, Melayu dan Institusi Raja yang diperjuangkan oleh Jati.

“Saya tidak kisah menggunakan logo tersebut. Sehingga kini tiada perbincangan dalam Majlis Syura Jati untuk ubah suai logo yang digunakan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai usaha untuk mengubah atau menukar logo Jati kepada logo lain, Hasan menegaskan logo itu tidak memberikan masalah kepadanya.

Menurutnya, penggunaan logo itu menjadi isu kepada mereka yang tidak senang dengan logo tersebut.

“Jati akan kekalkan logo itu dan akan merujuk Majlis Syura Jati me­ngenai beberapa dakwaan dan desakan yang disuarakan oleh pihak- pihak tertentu terhadap isu logo itu,” katanya.

Sebelum ini, Hasan menafikan Jati yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwujudkan tanpa mempunyai agenda tersembunyi seperti dakwaan pihak tertentu.

Selepas Jati dilancarkan ia mendapat komen daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan logo tersebut antaranya di laman sosial Facebook, portal berita dan blog mempersoalkan penggunaan logo tersebut kerana mempunyai persamaan dengan logo Lucius yang boleh dilihat di http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html.SH-23 Februari 2012.

No comments: