JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, February 7, 2012

Najib terus zalimi golongan pekerja

Selepas Perdana Menteri menolak negara berkebajikan dan memanipulasiwang KWSP milik rakyat untuk agenda politiknya, pentadbiran Datuk Seri Najib terus berdolak dalik mengenai gaji minima.

Terbaru, pentadbiran Najib belum menetapkan RM900 sebagai gaji minimum untuk rakyat walaupun berjanji ia akan dikuatkuasakan Julai ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, penetapan kadar itu masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan Pusat.

“Setakat ini masih dalam perbincangan, belum ada kata putus dan belum boleh menyatakan bila kadar baru itu akan dilaksanakan,” katanya hari ini.

Ketika ditanya adakah benar kadar gaji minimum dibincangkan itu RM900, beliau berkata:

“Ya, kami ada menerima cadangan itu dan ianya sedang dibincangkan.”

Pelaksanaan gaji minima ini akan melibatkan lebih lima juta pekerja sektor swasta pelbagai industri termasuk perladangan dan pembinaan kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan.

Difahamkan daripada jumlah itu pekerja swasta warga asing turut mendapat manfaat yang sama.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam sudah membawa laporan yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) ke mesyuarat Kabinet.

Selain kadar gaji minimum RM900, laporan itu turut menyatakan, pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Menurut sumber, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap akan memperjuangkan kadar gaji minimum RM900 itu, walaupun ada cadangan daripada pihak kerajaan iaitu RM750.

Sementara itu, Pakatan Rakyat melalui menifestonya bertekad menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum untuk pekerja di negara ini jika di beri mandat sebagai kerajaan persekutuan yang baru pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Tekad itu turut diikrarkan dalam Buku Jingga, sebuah buku yang merupakan sebahagian besar manifesto bersama KEADILAN, PAS dan DAP.

No comments: