JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, February 29, 2012

73 kerusi Parlimen Umno dalam bahaya

PRU-13, tak mungkin Mac ini

Masdar Wahid

Desas-desus media sebelum ini yang mendakwa Parlimen akan dibubarkan pada 11 Mac ini hampir pasti tidak akan berlaku.

Ini ekoran kenyataan terbaru Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan (gambar bawah) yang mahu menggempur 73 kawasan Parlimen yang menjadi tumpuan Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini.Fuad ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno bagi kerusi Hulu Kelang selama dua penggal sebelum tewas kepada calon KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

Manakala Jasa yang sebelum ini dikenali Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK) ditubuhkan pada 11 Mei 1960 dengan tujuan 'mempertahankan kestabilan politik dan kerajaan Perikatan'.

Sebelum 1969, Barisan Nasional dikenali dengan nama Perikatan.

Fuad berkata, gerak-gempur itu akan bermula pertengahan Mac ini dengan beliau menamakan Operasi itu sebagai 'Ops Jelas' yang bertujuan menjawab skandal rasuah seperti yang didedahkan Pakatan Rakyat terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Siri ceramah Ops Jelas akan diadakan di 'kawasan kelabu' seluruh negara, bermula di Selangor dengan mewajibkan 1,000 rakyat pelbagai kaum dalam setiap sesi ceramah," katanya kepada wartawan pada Majlis Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jasa 2012, di Kuala Lumpur semalam.

Kawasan Kelabu bermaksud sesebuah kawasan itu memiliki peluang 50-50 untuk dimenangi sesebuah parti dan dalam konsteks ini Umno sangat bimbang akan tumbang di kawasan itu ekoran program penerangan konsisten Pakatan Rakyat di situ.

Antara taktik Jasa dalam penerangan itu kata Fuad ialah menjelaskan dasar transformasi Najib dalam menangani isu rasuah di Malaysia.

"Isu rasuah perlu dijelaskan kerana isu ini adalah sifat manusia dan bukannya politik. "Mana-mana manusia yang menghampiri kuasa terdedah dengan rasuah.

"Jasa menumpukan 73 kawasan ini kerana kita mendapati ia berterusan menjadi serangan Pakatan Rakyat menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut nama ke semua kawasan Parlimen itu.

Kenyataan Jasa ini dikeluarkan sehari selepas Najib berjanji melakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika Umno BN berjaya mendapat 2/3 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

"Jika BN menang 2/3 pada PRU-13, pindaan sewajarnya akan dilakukan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah akan dibentuk," janji Najib pada majlis perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), pada 27 Februari lalu.

Pada 8 Februari lalu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor mengakui agak sukar Umno BN mendapat 2/3 pada PRU kali ini.

“BN pasti menang tetapi hasrat untuk memperoleh 2/3 majoriti adalah sukar dijangkakan. "Oleh itu, kerajaan perlu berusaha untuk mengubah persepsi negatif rakyat terhadap BN,” ujar profesor Umno itu.Najib tertekan skandal NFC

Antara skandal rasuah melibatkan pentadbiran Najib dan sangat memberi kesan ialah skandal NFC melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NFC yang mendapat pinjaman mudah RM250juta itu tertera tandatangan Najib seperti didedahkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang medianya semalam.

Selain Najib, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut terpalit dalam skandal rasuah ini.

Muhyiddin ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa projek itu diluluskan manakala Khairy ialah 'Anak Muda di Tingkat 4' yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa projek itu diluluskan.

Dasar Pertanian ialah antara dasar penting yang diberi penekanan oleh Pak Lah semasa menjadi PM dengan Khairy memiliki kuasa luas sebagaimana serangan Tun Dr Mahathir terhadap Khairy-Pak Lah.

Manakala Noh omar pula ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini dan orang pertama mengesahkan NFC dimiliki keluarga Shahrizat selepas diasak media pada 31 Oktober di lobi Parlimen tahun lalu.

Selain Shahrizat yang ponteng dari menghadiri Parlimen sejak skandal NFC didedah, Najib turut ponteng bagi mengelak menjawab isu itu.

Manakala Muhyiddin, Khairy dan Noh omar berdolak-dalik dari menjawabnya dan hanya bergantung kepada Ahli Parlimen Umno BN lain untuk mengganggu ucapan Pakatan Rakyat berhubung skandal NFC di Parlimen.

Kes Najib mengenai skandal rasuah kapal Scorpene pula sehingga kini belum selesai dengan Presiden Umno itu berdepan siasatan di mahkamah Perancis.

Parlimen bubar Mei ini ?

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sudahpun memberi bayangan bahawa Parlimen mungkin dibubarkan awal Mei depan bagi membolehkan PRU-13 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ini kerana katanya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dijangka mengemukakan semua cadangan kepada Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

No comments: