JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 17, 2012

Fahami Buku Jingga sebelum sertai kami - Anwar

Masdar Wahid

Mana-mana pimpinan Umno BN yang berhasrat menyertai KEADILAN dinasihatkan memahami agenda Pakatan Rakyat sebagaimana dipersetujui bersama dalam Buku Jingga, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menjawab pertanyaan wartawan mengenai desas-desus Timbalan Presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukim menyertai KEADILAN.

Anwar berkata, bukan jumlah penyertaan yang menjadi isu, perkara pokok katanya ialah kesediaan kedua-dua pemimpin Umno-Upko itu memahami sentimen rakyat Sabah yang mahukan perubahan besar dalam negara.

“Kami (KEADILAN) sudah pasti mengalu-alukan orang yang komited kepada agenda reformasi, orang yang faham akan Buku Jingga (manifesto) dan agenda Pakatan Rakyat.

“Perkara yang paling penting ialah tidak hanya kedudukan Datuk Wilfred atau Datuk Lajim tetapi apa yang diinginkan oleh rakyat Sabah.

“Pemimpin-pemimpin mesti menghormati dan memberi maklum balas sewajarnya… sudah tentu saya mengalu-alukan mereka jika menghormati hasrat dan sentimen rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sebuah hotel di Kuching, 15 Julai lalu selepas berada di Sarawak selama dua hari termasuk dijemput berucap di Kampung Serayan, Lundu dan Satok di negeri itu.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee Haw, Adun Krian, Ali anak Biju dan puluhan pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Menjawab soalan lain, Anwar berkata, 90 peratus daripada 222 kerusi parlimen seluruh negara sudah selesai diagih antara KEADILAN, PAS dan DAP, namun keputusan akhir hanya diumum selepas Dewan Rakyat dibubarkan.

No comments: