Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) didakwa menunjukkan minat
untuk menyertai parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU)
kelak.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata mereka yang akan berbuat demikian merupakan wakil rakyat dari Sarawak dan Sabah.
Sambil
enggan mendedahkan nama dan jumlah, beliau mendakwa tindakan wakil
rakyat tersebut mencerminkan mereka tidak setuju dengan dasar-dasar BN.
“Saya
dengar khabar angin yang kencang (wakil rakyat BN akan menyertai
pembangkang) dan mereka ada berjumpa saya. Ini akan berlaku,” katanya
pada sidang media di Pusat Khidmat KEADILAN di Kuching pada 10 Julai lalu.
Baru yang juga ADUN Ba’Kelalan berkata lagi, sokongan terhadap pembangkang kian bertambah.
Lawatan ke Kota Kinabalu pada Ahad lepas katanya me-nunjukkan sambutan orang ramai terhadap pembangkang amat memberangsangkan.
“Saya boleh katakan sambutan amat luar biasa. “Ke mana saja kami pergi kami kekurangan kerusi untuk orang ramai duduk,” katanya.
Mengenai
kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya kelak, Baru
berkata KEADILAN akan memberi tumpuan terhadap 10 kerusi termasuk Julau.
Di Julau, Baru berkata dua anak tempatan telah memulakan usaha meraih sokongan di peringkat akar umbi.
No comments:
Post a Comment