JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 30, 2012

Tidak puas hati pada BN punca Bumburing keluar - Upko

Tindakan Datuk Seri Wilfred Bumburing meletak semua jawatannya dalam BN kerana tidak berpuashati dengan parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu, kata Datuk Seri Wences Angang.

Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya tidak akan mengulas apa-apa lagi. Tunggu sehingga mesyuarat Majlis Tertinggi parti dan selepas itu kita akan membuat satu kenyataan.

"Saya tidak mempunyai idea (Apa tindakan susulan Bumburing), tetapi dari apa yang saya tahu, dia tidak berpuas hati dengan BN," katanya.

Ditanya sama ada Wences turut tidak berpuas hati dengan BN, beliau bagaimanapun menyifatkan soalan itu sangat baik untuk dijawab.

"Itu adalah soalan yang baik. Saya akan memberi jawapan lain kali," katanya lagi.

Pada 25 Julai lalu, Setiausaha Agung UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata parti itu tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Bumburing kerana peletakan jawatannya selaku pengerusi BN Tuaran atas lantikan Najib.

Pada 29 Julai lalu, Bumburing pada perhimpunan di Dalit, Tuaran mengumum keluar BN dan menyokong Pakatan Rakyat melalui pertubuhan Angkatan Perubahan sabah (APS) yang memfokuskan pengundi Kadazan-Dusun-Murut.

“Presiden Upko dua tiga kali memujuk saya terus menjadi calon PRU-13 di Tuaran tetapi saya menolak kerana tidak mahu menjadi calon mewakili BN.

“Hari ini (29 Julai) saya umumkan keluar daripada BN manakala perjuangan politik saya diteruskan menerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebagai saluran baru politik yang akan bekerjasama dengan pembangkang,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bumburing pernah mendesak partinya meninggalkan BN menjelang 16 September, namun senyap selepas beberapa pemimpin Upko diberi jawatan.

Bumburing sudahpun meletak jawatan selaku Pengerusi BN Tuaran pada 23 Julai lalu dan merupakan MP Tuaran sejak tiga penggal lalu.

No comments: