Tindakan
Sinar Harian menyiarkan laporan seorang pengendali Blog sebuah parti
mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370
menyebabkan ramai tertanya-tanya Blog dari parti manakah lelaki itu.
Bagi yang sudah biasa dengan alam cyber ini, apabila disebut pengendali
Blog dibayar atau Pengendali Blog Upahan ianya pasti akan menghala
kepada UMNO/BN.
Dari apa yang pernah tersiar dalam Utusan Malaysia,
Ahmad Faisal Mohd Yunos sememangnya bertugas untuk UMNO, beliau adalah
Pegawai Khas Blog Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Beliau pernah membuat satu laporan Polis meminta polis dan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya
terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan Ali
Rustam.
Pengendali blog tuntut tunggakan gaji
AYER KEROH - Kelemahan
pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang
kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga
mencecah RM24,370.
Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT
sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali
blog.
Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada
13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun, pejabat
terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.
Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki
gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.
“Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu
lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang
notis dan alasan,” katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini
semalam.
Ahmad Faisal berkata,
dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia
memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki
gajinya dijelaskan.
“Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada
jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu,
termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum
ini iaitu RM2,300.
“Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka
memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah
penjagaan saya sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya,
dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut
nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah
kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.
“Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia
memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak
membayar gaji saya. Sinar Harian
No comments:
Post a Comment