JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 24, 2012

Tiga pemimpin BN keluar parti.

Masdar Wahid

Semalam, 23 Julai 2012, tiga pemimpin BN di Sabah dan Sarawak keluar parti. Mereka ialah Datuk Seri Wilfred Bumburing (Sabah), Wong Judat (Sarawak) dan Amsar Dani (Sabah).

Bumburing (gambar atas) ialah Ahli Parlimen Tuaran yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO-BN) dan turut terlibat dengan perbincangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang 16 September 2008.

"Berkuatkuasa hari ini, 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran.

"Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di Sabah, lapor Bernama semalam.

Manakala Wong Judat (gambar bersongkok) ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan selama tiga penggal dengan permulaan politik beliau sebagai calon Bebas di Sarawak dan kini merupakan Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP-BN).
“Pada 30 Julai ini nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP) Tan Sri William Mawan dan Timbalannya Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya. Hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya.

Ditanya samada beliau mungkin akan menyesali keputusan dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada Saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kata Wong judat semalam.

Amsir Dani pula ialah orang kanan kepada Ahli Parlimen Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang diura-uarakan bakal meninggalkan BN bersama Wilfred Bumburing sejak 2008 lagi.

Amsir turut meletak jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga dan Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, jawatan yang disandangnya sejak 18 tahun lalu.

Amsir yang terlibat dalam politik sejak 1994 dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian bertindak demikian sebagai mengikut jejak langkah Lajim.

“Jika Lajim boleh dan rela meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno mengapa pula saya tidak boleh mengikut jejaknya melepaskan Ketua Cawangan.

“Saya telahpun menulis surat peletakan jawatan dan menghantarnya kepada Pengarah Unit Kemajuan Rakyat melalui Pemimpin Kemajuan Rakyat dan notis peletakan jawatan itu telah dihantar pada 13 Julai dan berkuatkuasa pada 17 Julai untuk tempoh selama sebulan peletakan jawatan itu,” katanya, lapor Sabah Times semalam.

Lajim (gambar) pada majlis sambutan Hari Lahirnya bulan lalu mengumum enggan bertanding pada pemilihan Umno akan datang dan turut meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu pada 18 Jun lalu.

“Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” kata Lajim.

No comments: