JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 24, 2012

'Saya rela dipecat dari Umno'

Labuan : Ahli politik veteran Datuk Lajim Hj Ukin mengumumkan disini yang beliau tidak kisah sekiranya dipecat oleh UMNO dan akan menyertai sama ada KEADILAN, PAS atau DAP berdasarkan kehendak penyokongnya.

Bercakap dalam satu perhimpunan anjuran KEADILAN Kuala Penyu dikediaman bekas Adun bebas Kuala Penyu Datuk John Ghani, di Bukit Kallam, Labuan 18 Julai lalu.

Lajim berkata: "Saya tidak tahu dimana saya berdiri. Saya seorang Timbalan Menteri dalam pentadbiran BN tetapi petang ini saya dikelilingi ahli-ahli pembangkang, termasuk sebahagian daripada Upko dan Umno.

"Tetapi saya tidak takut akan apa yang saya lakukan. Saya hanya takut kepada Allah, ayah saya dan guru saya. Saya malah tidak takutkan iblis.

"Saya sanggup melepaskan gaji bulanan RM20,000 saya dan ganjaran lain sebagai seorang menteri selagi perjuangan saya dapat memastikan hak tempatan dihormati dan dilindungi, isu-isu imigresen, rasuah, kronisme yang telah menjadi lubang dalam kapal BN boleh diatasi.

"Sebagai contoh Kuala Penyu yang telah menuntut bekalan air bersih bertahun-tahun lamanya tetapi tidak diendahkan. Apabila saya membuat bising mengenainya, mereka potong peruntukan MP saya."

Lajim berkata, Pakatan Rakyat (PR) disokong oleh pakar dan dibawah pemerintahannya hasil negeri boleh mencapai RM40 bilion setahun dengan RM20 bilion lagi daripada agensi-agensi lain.

Katanya PR boleh melakukannya dan memperbetulkan segala yang salah. "Saya tidak boleh beritahu kamu sekarang bagaimana PR hendak melakukan ini.

Tunggu saja manifestonya dan RM40 bilion akan mencukupi untuk memajukan infrastruktur di semua kampung".

Mengenai Labuan, Lajim berkata, seorang profesional dengan latar belakang ekonomi akan diletakkan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang dan identitinya akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

Lajim, selaku pengerusi Umno bahagian Beaufort sebelum ini berkata, beliau menjangkakan yang beliau tidak akan dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Berhubung Parti STAR sebagai alternatif pembangkang, Lajim berkata, arah tuju STAR tidak jelas, tidak ada agenda jangka panjang.

Kira-kira 400 orang menghadiri majlis tersebut.

Sumber: Terjemahan dari akhbar berbahasa Inggeris DailyExpress.

No comments: