JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, July 27, 2012

Saya Sudah terima peletakan Bumburing - Upko

Parti kami sudah menerima surat peletakan jawatan Datuk Wilfred Bumburing sebagai Pengerusi BN Tuaran, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO-BN), Datuk Wilfred Madius Tangau.

Madius berkata, partinya tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab kerana pelantikan jawatan pengerusi BN dalam mana-mana kawasan Parlimen dibuat pemimpin BN peringkat persekutuan.

"Salinan surat peletakan jawatan beliau sudah dihantar ke pejabat Upko dan oleh kerana pelantikan jawatan pengerusi BN Bahagian dibuat pemimpin BN pusat, kita tidak akan mengambil tindakan terhadap beliau," katanya dihubungi 25 Julai lalu.

Ahad ini bersamaan 29 Julai, Bumburing akan hadir pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada 1:00petang dan pimpinan KEADILAN bersama Pakatan Rakyat negeri dan pusat sudah mengesahkan kehadiran.

Bumburing yang juga UPKO pernah mendesak partinya meninggalkan BN menjelang 16 September, namun senyap selepas beberapa pemimpin Upko diberi jawatan.

Bumburing sudahpun meletak jawatan selaku Pengerusi BN Tuaran pada 23 Julai lalu dan merupakan MP Tuaran sejak tiga penggal lalu.

Manakala Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin akan membuat pengumuman mengenai hala tuju politiknya dan mengulas pelbagai isu berkaitan kepentingan Sabah d Kampung Kaundu, Beaufort jam 5 petang juga pada Ahad ini.

Lajim juga sudah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu dan tidak akan bertanding mempertahankan sebarang jawatan pada pemilihan Umno akan datang.

Ketika ini, Lajim ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan MP Beaufort sejak 2008, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias beberapa penggal, bekas Timbalan Ketua Menteri dan masih memegang Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Orang kanan Lajim, Amsir Dani juga sudah meletak jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga dan Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, jawatan yang disandangnya sejak 18 tahun lalu.

Amsir yang terlibat dalam politik sejak 1994 dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian bertindak demikian sebagai mengikut jejak langkah Lajim.

“Jika Lajim boleh dan rela meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno mengapa pula saya tidak boleh mengikut jejaknya melepaskan Ketua Cawangan," katanya pada 23 Julai lalu serentak dengan pengumuman keluar parti Bumburing pada hari sama.

No comments: