JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, November 16, 2009

TAIB MAHMUD SERANG SUHAKAM SEBAB PERJUANGKAN KAUM PENAN DAN ALAM SEKITAR

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menolak dakwaan bahawa suruhanjaya itu cuba menyamar sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.



Pesuruhjaya Suhakam Sarawak Dr Mohd Hirman Ritom Abdullah berkata Suhakam telah pun diberi mandat oleh Parliamen dan kerajaan untuk mempromosi selain melindungi hak-hak asasi manusia atau isu yang berkaitan dan sememangnya menjadi hak mereka untuk bertindak atau bercakap bagi pihak golongan atau masyarakat yang merasakan hak mereka dicerobohi pihak lain.



"Adalah tidak adil untuk mengeluarkan saranan seperti itu memandangkan apa yang kami buat tiada kena mengena dengan politik. Kami sekdar cuba menyuarakan kebimbangan mereka yang datang berjumpa kami dan mahu keperluan atau tuntutan mereka ditangani oleh pihak berkuasa yang berkaitan," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.



Dr Hirman berkata sebagai contoh, isu Penan seharusnya ditangani dengan teliti kerana ia membabitkan hak asasi manusia yang sebenar, misalnya kemudahan prasarana, tanah dan pendidikan, maka tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

Beliau turut menafikan bahawa Suhakam ada mengeluarkan kenyataan yang merujuk kepada kepupusan Orang Utan di Sarawak.

Taib dipetik oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris hari ini sebagai berkata beliau dukacita dengan Suhakam di samping NGO setempat yang lain berhubung isu masyarakat Penan dan alam sekitar.



Dalam kenyataannya pada ulang tahun keenam Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Taib malah mencadangkan supaya Suhakam mendaftarkan suruhanjaya itu sebagai sebuah parti politik memandangkan Suhakam "yang sepatutnya memperjuangkan hak asasi manusia, telah banyak memperkatakan mengenai isu Penan dan alam sekitar, serta orang utan."

Suhakam baru-baru ini mengumumkan laporan mengenai masyarakat Penan di Belaga yang terjejas ekoran pembinaan empangan Murum. bernama

No comments: