JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, November 15, 2009

TOPI KELEDAR - MENTERI SINDIR MUHYIDDIN ?


Amalan pemakaian topi keledar semasa menunggang motosikal perlu dipupuk di kalangan orang ramai sejak dari zaman kanak-kanak lagi bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai risiko kemalangan maut yang membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal jika tidak memakai alat keselamatan itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata amalan pemakaian topi keledar perlu dijadikan satu budaya oleh masyarakat dalam usaha mengurangkan kejadian kemalangan maut.

"Jadikanlah amalan memakai topi keledar semasa menunggang motosikal sebagai satu budaya oleh masyarakat, walau ke mana saja sama ada ke kedai berhampiran, tempat kerja mahupun di kawasan kampung sekalipun," kata beliau yang juga Anggota Parlimen Bentong.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Pemakaian Topi Keledar Kanak-Kanak Yang Membonceng Motosikal Ke Sekolah Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Sulaiman di sini pada Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Suret Singh dan Presiden Genting Malaysia Berhad Datuk Lee Choong Yan.

Liow berkata kempen itu mula dilancarkan di Selangor pada 2 Mei lepas dan setakat ini ia sudah dijalankan di Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak, serta Sabah, dan ia akan diteruskan di Johor dan Kedah selepas ini - BERNAMA

No comments: