JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, November 16, 2009

KETUA BAHAGIAN PKR SAMAN MALAYSIAKINI


KENYATAAN Sohon Singh yang mendakwa seorang Ketua Bahagian PKR Sabah lari ke China kerana hutang adalah satu fitnah dan tidak berasas sama sekali. Walaupun namanya tidak disebut, umum mengetahui ianya merujuk kepada, Peguam Ansari Abdullah kerana cuma hanya seorang Ketua Bahagian yang juga saorang peguam yang telah menunaikan fardu haji.

Sebelum ini pelbagai tomahan dan fitnah telah di lemparkan oleh Joe Fernandez dalam tulisannya di Malaysiakini tetapi Ansari hanya berdiam diri. Bagaimanapun, apabila keimanannya telah cuba dicemari dengan fitnah, kononnya Ansari telah membohongi seorang pada hari beliau berlepas ke Mekah, ianya telah melampaui batas etika kewartawanan dan peradaban manusia.

“Sohon Singh bukanlah anakguam saya dan saya tidak pernah menerima atau pun berhutang kepadanya satu sen pun. Ini adalah kali ketiga dia digunakan untuk menyerang peribadi saya. Pertama pada tahun 2007 apabila dia dijemput untuk berucap menyerang peribadi saya di hadapan ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli KDM Task Force di Sokid Villa,” ujar Ansari lagi.

Kata Ansari, kali kedua, apabila orang tertentu yang telah dicam oleh penyokong-penyokong beliau, telah mengedarkan surat layang serta salinan laporan polis semasa pilihanraya pada bulan Mac, 2008.

Kini, Sohon Singh, tegas Ansari, telah digunakan untuk mengaibkan beliaua sebagai seorang Islam dan peguam. Ianya bukan sahaja bermotifkan politik tetapi juga untuk menjejaskan reputasi beliau di dalam profession yang telah diceburinya selama 30 tahun dan menjatuhkan pandangan orang Islam terhadapnya yang dijenamakan sebagai terlalu kotor dan jijik.

“Saya tahu pengecut-pengecut yang menjadi dalang di sebalik serangan-serangan ini. Mereka mengangap saya adalah batu penghalang dalam usaha mereka untuk menguasai PKR Sabah secara langsung atau melalui proksi mereka,” ujar Ansari lagi yang akan menyelesaikan isu berkenaan melalui saluran undang-undang.

Tegas Ansari, beliau amat kesal keran satu laman web yang dihormati boleh di jadikan kuda tunggangan untuk mendewa-dewakan pemimpin tertentu dan memburukkan yang lain.

Joe Fernandez, kata Ansari, seorang wartawan veteran sepatutnya mengasingkan perasaannya sebagai Ahli Forum Borneo Heritage agar penulisannya tidak berat sebelah.

“Ada juga kawan-kawan yang memaklumkan kepada saya tentang anak-anaknya yang berkerja dengan syarikat-syarikat milik saorang peminpin Barisan Nasional,” Ujar Ansari lagi.

Ansari turut menafikan segala tuduhan dan 'Insinuations' yang terkandung dalam rencana bertajuk 'Sabah PKR Divisional Chief ran to China from Debt' yang di siarkan pada 13 November, 2009.

"Saya telah memberikan kenyataan saya kepada Polis dan akan berkerjasama dengan mana-mana ajensi termasuk MACC agar kebenaran dapat di tegakan. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Sohon Singh, Joe Fernandez dan Malaysiakini," tegas Ansari.

Oleh: HAFIZ JAMAIL

No comments: