JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, November 23, 2009

PRU 13 : KAWASAN KUNAK


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan datang mempunyai peratus peralihan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang PKR (Parti Keadilan Rakyat) pada nisbah yang sukar dijangka ketika ini. Namun begitu, isu siapa calon akan menjadi antara faktor yang melakar sejarah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak pada pilihanraya Umum ke 13.

Sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat, kebanyakan daripada maklum balas @ respon yang diperoleh menyatakan calon tempatan atau orang Kunak perlu dipilih sebagai calon parti-parti yang bertanding. Bukan bermaksud tidak suka dengan calon dari luar, tetapi biarlah Kunak ditadbir oleh orang Kunak sebagai wakil rakyat mereka.

Dalam perkara berasingan, cubaan banyak pihak untuk melobi menjadi calon sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat sudah seperti perkara rutin. Namun begitu, 'kekuatan' yang perlu dinilai daripada seseorang individu yang ingin menjadi calon dan seterusnya pemimpin yang dipilih haruslah berpandukan kepada beberapa kriteria tertentu antaranya aspek pendidikan, pengaruh @ sokongan daripada pelbagai peringkat masyarakat yang bukan hanya daripada parti yang diwakilinya. Lain-lain faktor seperti kredibiliti kepimpinan, penampilan dalam komuniti masyarakatnya, aspek moral, disiplin diri, rasional kepada perjuangan membela nasib rakyat, sejarah politik, keupayaan untuk berkhidmat, dan pelbagai lagi kriteria yang difikirkan munasabah.

'Kuasa wang' untuk membeli undi daripada pemilih/pengundi bukan lagi menjadi power @ energy sepenuhnya kepada keupayaan seseorang calon untuk menang dalam PRU 13 kerana rakyat kini sudah bijak dalam menilai siapa pemimpin yang mereka mahu?. Tambahan pula, isu rasuah politik wang dalam pilihanraya perlu dibendung dengan adil dikalangan parti-parti yang bertanding jika mereka bersungguh mahu melakukannya.

Sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat (Pembangkang), parti politik itu tidak ada lagi masa bagi menunggu dan terus menunggu musim pilihanraya tiba untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana rakyat sudah lama menantikan janji-janji pilihanraya yang belum tertunai, termasuklah kemudahan asas, isu tanah yang berlanjutan dan banyak perkara berbangkit.

Ringkasnya, rakyat sudah pintar memutar dadu dan mencatur chess di atas kertas undi bahawa mereka menanda X untuk memilih calon tertentu sebagai pemimpin mereka kelak.

di 1:48 PM 0 ulasan
Perbaharui Lesen Memandu di Pejabat Pos
Mudah, dan selesa. Itu yang tergambar difikiran saya apabila dapat memperbaharui Lesen Memandu di Pejabat Pos mini di Kunak pada pagi tadi.

Sebelum ini, urusan memperbaharui Lesen Memandu hanya boleh dibuat di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tawau atau Lahad Datu yang berdekatan.

Dengan adanya perkhidmatan tersebut di Kunak, urusan seperti itu dapat dipermudahkan dan menjimatkan kos kerana tidak perlu lagi bergegas ke Tawau atau Lahad Datu .

OLEH kunakpress

No comments: