JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Sunday, December 20, 2009
ANWAR TAHU SIAPA DIA GAPARI KITINGAN
PKR adalah sebuah parti politik berbilang kaum Melayu atau Muslim-based party. Jika konsep ini difahami kumpulan yang pro atau penyokong Datuk Dr Jeffrey Kitingan sudah tentu pemilihan Ahmad Thamrin sebagai Ketua umum PKR Sabah tidak menjadi satu isu politik di Sabah.
Yang merisaukan Anwar Ibrahim bukan soal menerima atau tidak perletakan jawatan Datuk Dr Jeffrey tetapi jika parti lawan iaitu UMNO dan BN menjadikan isu Jeffrey ini sebagai isu “PKR merancang mengujudkan sebuah kerajaan Kristian di Sabah”. Isu seperti ini pasti menjejaskan imej PKR dan Anwar di negeri-negeri lain di Semenanjung terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Memilih Dr Jeffrey Kitingan sebagai Ketua PKR Sabah adalah satu risiko yang begitu besar kepada Anwar dan PKR. Namun dalam masa yang sama Anwar juga mengakui pengaruh politik Jeffrey dan sokongan kaum KDM kepada parti itu di Sabah. Tetapi soalnya adakah sokongan kaum KDM kepada PKR semata-mata kerana faktor Jeffrey Kitingan?
Jika diimbas kembali, banyak isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negeri Sabah lebih menarik minat rakyat KDM dan golongan muda di Sabah daripada soal siapa menjadi pemimpin PKR. Oleh yang demikian golongan yang bersimpati dengan perjuangan Anwar Ibrahim dan PKR di negeri itu ingin melihat kemelut kepimpinan ditangani segera.
Mereka ingin melihat pucuk pimpinan Pusat tegas dalam keputusannya. Tidak mudah tunduk kepada ugutan perletakkan jawatan pemimpin yang tidak terpilih. Soal samada perletakan jawatan Dr Jeffrey diterima atau tidak sepatutnya tidak dijadikan polemic politik. Anwar amat masak dengan politik Sabah. Anwar kenal dan tahu latar belakang politik Dr Jeffrey Kitingan.
Jika Anwar minta pandangan pemimpin-pemimpin di Sabah mengenai tindakan yang sepatutnya diambil, sebenarnya Anwar sekadar menguji mereka. Jawapan sudah ada dikepala beliau. Kekuatan PKR di Sabah bukan kerana Dr Jeffrey atau Ahmad Thamrin atau sesiapa pun. Kekuatan PKR di Sabah kerana Anwar bin Ibrahim. Tiada tokoh lain.
Pemimpin-pemimpin PKR Sabah hanya perlu bersatu dan bersiap sedia dengan isu-isu yang dapat menawan hati rakyat jika parti itu berhasrat menjadi saingan BN pada PRU akan datang. Kerjasama dengan SAPP sewajarnya dimulakan diperingkat awal untuk tidak mengulangi kesilapan PRU12. Ada kabar angin mengatakan SAPP akan bertanding semua kerusi dan berjanji menggilir-gilirkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada tiga kaum utama.
Setakat ini parti SAPP kelihatan lebih aktif mengadakan program politik berbanding dengan PKR yang dianggap parti pembangkang utama di Sabah. Membiarkan SAPP bersendirian tidak akan menguntungkan PKR kerana kepimpinan SAPP, Datuk Yong Teck Lee adalah seorang tokoh politik yang berpengalaman dan tidak mudah tunduk jika PKR tidak memulakan langkah lebih awal.
Apakah politik dalaman PKR akan terus bergolak atau PKR telah bersedia menjadi kerajaan alternative kepada rakyat Sabah?
Sama-samalah kita fikirkan.muslioli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment