JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Wednesday, December 30, 2009
JAWAPAN MENGAPA SUARA KEADILAN MEMBISU
Suara Keadilan Online laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, satu daripada komponen parti Pakatan Rakyat yang kuat kerana bilangan ahli parlimennya yang paling ramai. Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah daripada parti Keadilan Rakyat.
Sudah lebih daripada 8 bulan membisu, kelu dan hilang serinya. Cukup mengaibkan dan amat memalukan seluruh warga Parti Keadilan Rakyat. Dulu Zunar mengendalikan Suara Keadilan Rakyat. Berapa gaji yang diberikan sehinggakan Zunar boleh keluar dan mengendalikan urus niaganya sendiri.
Zunar bukan sebarang orang, lincah, licik dan cukup bijak mengatur maklumat dan propaganda. Lihat semasa dia bekerja dengan Harakah cetak. Banyak isu diutarakan dan beberapa bentuk saraf dan propaganda dilakukan sehingga UMNO/BN tidak duduk diam dek kerana kerenahnya.
Dia juga antara pemberi maklumat penting kepada laman-laman pada masa itu. Laman M@rhein adalah antara yang menerima maklumat bulat daripada Zunar, sehingga Harakah cetak membuat temu ramah secara rasmi dan memberikan ruang dalam Harakah kepada webmaster M@rhein.
TranungKite laman yang saya menghantar tulisan tidak mendapat tempat sebaik m@rhein walaupun laman TranungKite adalah di usahakan oleh Pemuda PAS Kawasan Dungun.
Jika dikatakan Parti Keadilan Rakyat tidak ada orang yang mahir mengendali dan menasihati laman webnya, itu suatu cukup jelik.
Haji Abdul Rahman Yusof bekas MP Kemaman, sekarang ini adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Terengganu juga merupakan Setiausaha Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah orang yang cukup berpengalaman dalam hal ini.
Zaman reformasi dulu Abdul Rahman lah orang yang begitu banyak memainkan peranan. Saya tidak akan cerita panjang mengenai hal ini. Sudah cukup maklumat itu untuk kita menghukum bersama.
Kalau laman pun masih PKR belum bersedia untuk direformasi, sejauh mana PKR hendak menguasai media baru ini.
Saya menulis perkara ini kerana saya melihat PKR (sesetengah orangnya) lebih mengutamakan perang saraf untuk menaikkan nama orang tertentu dalam PKR dan menjatuhkan musuh dengan menggunakan blogger.
Saya tidak bercadang untuk berbicara secara terperinci bagaimana beberapa orang di kalangan PKR yang menggunakan blogger ini untuk menyerang orang-orang yang tidak disukai dalam PKR dan lebih-lebih lagi orang-orang tertentu dalam PAS bagi mencapai matlamat PKR yang dirancang.
Zunar lebih mengetahui perkara ini. Anda boleh bertanya beliau berapa peruntukan kewangan yang diberikan oleh PKR untuk blogger ini mengemas kini bagi tujuan tertentu termasuk menyerang pimpinan yang tidak sehaluan dengan DSAI. Haji Man pun tahu.
Saya berpendapat perkara ini patut dihindarkan. Fokus kepada Pakatan Rakyat dan perbetulkan matlamat tujuan kelahiran blogger dan berikan tumpuan untuk menjatuhkan Kerajaan Korupsi Barisan Nasional. Utamakan keadilan untuk rakyat.
masdarwahid : Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak menjawab persoalan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment