JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, December 30, 2009

Pertandingan satu lawan satu untuk tawan Sabah - Dr Jeffrey



oleh : Masdar Wahid

Pimpinan PR Sabah yakin akan berjaya menawan negeri tersebut sekiranya strategi satu lawan satu dapat dilaksanakan dalam pilihanraya Umum akan datang.

"Kita kini menuju kehadapan dan sebarang perkara yang berlaku sebelum ini merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi sebagai ahli politik."kata Naib Presiden PKR, Datuk Jeffrey Kitingan.

Menurut Jeffrey, PKR Sabah tidak lagi mahu menolah kebelakang kerana fokus utama pada masa ini ialah bagaimana memperkasakan keahlian parti dipelbagai peringkat bagi memastikan kemenangan PKR dan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) di seterusnya menawan Sabah pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, perkembangan terkini di Sabah sejurus setelah tamatnya Konvensyen PR pada 19 Disember lalumenunjukkan rakyat pelbagi kaum semakin menunjukkan sokongan berterusan terhadap parti khususnya melalui gerak kerja yang dilakukan dari segi keahlian dan sokongan di peringkat Pantai Timur dan pedalaman Sabah.

“Bagi PKR negeri misalnya, kita memberi jaminan bahawa perbincangan aktif sesama parti komponen PR dan parti pembangkang lain di Sabah yang berminat bahawa pertandingan satu lawan satu akan dilaksanakan pada PRU akan datang bagi memastikan BN tumbang di Sabah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memberitahu, perkara berkaitan pembahagian kerusi pembangkang di Sabah akan diselesaikan dengan segera dan langkah awal yang aktif akan diatur bermula Januari ini.

Beliau turut menyambut baik berhubung semangat perjanjian Malaysia yang diumumkan oleh PR di Shah Alam 19 Disember lalu yang menjamin hak tanah adat Orang Asal di Sabah dan Sarawak selain royalty 20 peratus diberikan kepada Sabah dan Sarawak jika PR berjaya menawan kedua-dua negeri itu pada PRU akan datang.

Berhubung laporan media yang dimilki keluarga Ketua Menteri Sabah yang melaporkan beliau tidak gembira selepas Konvensyen PKR Sabah Ahad lalu, beliau menyifatkan itu adalah mainan media berkenaan yang tidak senang dengan perpaduan PKR negeri sejak dulu lagi.

Beliau yang kesal dengan laporan itu menegaskan beliau bukan sahaja masih kekal sebagai orang penting PKR malah menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan lebih erat dengan Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini selain komited membantu PKR Sarawak pada pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka berlaku tahun hadapan.

Dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, BN memenangi 59 kerusi DUN dan satu oleh DAP. Manakala kerusi Parlimen pula BN mengusai 24 kerusi Parlimen dan satu DAP. Kekalahan teruk PR lalu disebabkan berlakunya pertembungan sesama sendiri parti pembangkang, calon bebas dan beberapa parti kecil yang hanya muncul menjelang pilihanraya.

Pada pilihanraya lalu, PR di Sabah yang terdiri daripada PKR,PAS dan DAP tidak memeterai perjanjian secara rasmi sehingga mengakibatkan komponen itu bertembung samada bagu kerusi Dun dan Parlimen.

manakala parti kecil di Sabah dan selalunya muncul menjelang pilihanraya ialah Bersekutu, Setia, Pasok dan calon-calon bebas yang di taja oleh pihak-pihak tertentu.


Bersekutu telah mengadakan perhimpunan tahunannya baru-baru ini.

No comments: