JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Wednesday, December 30, 2009
SAYA AKAN JELAJAH SEMENAJUNG BERMULA JANUARI INI - BARU BIAN
OLEH MASDAR WAHID
KUALA LUMPUR: PKR Sarawak semakin ligat memperkasakan keahlian bagi memastikan persediaan rapi menjelang pilihanraya negeri akan datang seterusnya membantu kemenangan PR untuk menawan negeri itu.
Pengerusinya, Baru Bian berkata, bermula Januari ini beliau akan ke Johor untuk mengadakan program dan berdailog dengan penduduk Sarawak yang bekerja di sana bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat berkaitan perkembangan terkini PKR negeri.
Menurutnya, pertemuan itu penting kerana Johor antara negeri yang mencatatkan penduduk Sarawak yang agak ramai dan jumlah itu seharusnya dimanfaatkan sebaiknya untuk menjana kemenangan PR selain menerangkan dengan lebih jelas hasrat parti untuk menawan Sarawak.
“Kita faham bahawa jalan kemenangan bukannya mudah dan apa jua ruang yang berupaya memberikan kita kemenangan akan dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana PKR komited untuk memimpin rakyat di negeri Sarawak ke arah masa depan yang lebih baik,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap pertemuan itu kelak memberi kesan memberangsangkan bagi pihak parti dan pengundi serta menyeru segenap lapisan penduduk Sarawak yang berada di Johor datang beramai-ramai.
Beliau memberitahu, maklumat berkaitan perkara itu akan dimaklumkan kemudian.
Selain Johor, negeri Pulau Pinang, Perak, Labuan, Negeri Sembilan (sejumlah besar di Seremban) dan Selangor (majoritinya di Lembah Klang) antara negeri yang memiliki penduduk Sarawak yang ramai dan hampir keseluruhannya layak untuk mengundi.
Pada ketika ini, kira-kira 60,000 warga Sarawak bekerja dan tinggal di Johor dengan sebahagiannya merupakan pengundi berdaftar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment