JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, December 29, 2009

PARTI TERKECIL BN AKUI PARTINYA BAKAL TERKUBUR


Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup Isnin mengakui bahawa parti itu belum mencatat pencapaian yang membanggakan sejak ianya ditubuhkan 15 tahun lepas.

"Kita harus kaji kenapa ini berlaku. Kalau terus keadaan ini, kalau tiada tulang belakang untuk memajukan parti ini, maka parti ini akan lenyap.

"Setiap tahun kita adakan mesyuarat agung tahunan tapi kesan belum lagi kelihatan. Kita harus kaji kesilapan kita," katanya ketika merasmikan perhimpunan perwakilan tahunan ke-14 pergerakan Pemuda dan Wanita PBRS di sini Isnin.

Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, meminta anggota PBRS supaya mengkaji kelemahan dan kekurangan dalam parti itu, kerana jika tidak, PBRS akan lenyap pada masa depan.

Beliau berkata perbuatan berebut kuasa dalam parti juga mempunyai risiko tinggi untuk membawa kepada kemusnahan.

"Kalau ada orang mahu rampas kuasa, tidak dapat tunggu (hingga giliran), sebenarnya bukan saja boleh memecahbelahkan kita, tetapi juga melenyapkan parti," katanya.

Kurup berkata memang secara semula jadi pemimpin akan melihat golongan muda sebagai pengganti mereka dan akan menyerahkan kepimpinan kepada orang muda pada masa yang sesuai.

"(Tetapi) dalam proses kita memilih pengganti juga kita mesti cari yang berkaliber, memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dan berdisiplin, serta mempunyai pengalaman yang cukup. Dan pengalaman ini kita perolehi dari orang yang lama juga, itulah hakikatnya," kata beliau.bernama

No comments: