JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, December 23, 2009

Sarawak rugi RM3.2 bilion akibat nahas jalan raya

Sarawak mencatatkan kerugian bernilai RM3.2 bilion dari segi sosioekonomi akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di negeri ini sepanjang 2000 hingga 2008.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kerugian itu berdasarkan kehilangan tenaga kerja dan kos rawatan kepada mangsa.

Menurutnya, dalam tempoh itu seramai 2,749 pengguna jalan raya di negeri ini kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya.

Secara purata, katanya, Sarawak mencatatkan 305 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun dengan kerugian bernilai RM267 juta.

''Kerugian yang kita alami akan memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang terutama berkaitan tenaga kerja," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Krismas dan Tahun Baru 2010 peringkat negeri di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong; Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Onn Abdullah dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Rano Aylwino Akat.

Daud yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) memberitahu, hospital kerajaan di negeri ini terpaksa membelanjakan kira-kira RM42.12 juta bagi menyediakan rawatan kepada 351 mangsa yang mengalami kecederaan parah setiap tahun. utusan

No comments: