JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, December 30, 2009

Didakwa ceroboh tanah sendiri

KENINGAU: Seorang petani muda dari Kg. Simbuan Kababarasan, Sook – Hariney Binti Kasim, 35, mendakwa diheret ke balai polis untuk siasatan kerana didakwa menceroboh tanah sendiri.

“Saya benar-benar dianiaya,” katanya dan memberitahu, tindakan seorang jiran petani itu benar-benar menjatuhkan air muka beliau.

Hariney memberitahu, tanah seluas 15 ekar yang beliau usahakan dengan tanaman getah dan kelapa sawit itu, merupakan pemberian suaminya yang diwarisi daripada iparnya – Aharis Bin Baraim @ Amir.

Tanah itu dipohon di sekitar tahun 80an dan arahan pengukuran dikeluarkan beberapa tahun selepas itu melalui nombor RSP: 98139071.

Tanah itu diukur pada Tahun 2001 yang mencatatkan pemilikan ke atas Aharis Bin Baraim @ Amir.

Katanya, selepas proses pengukuran selesai, beliau dan suami mengusahakan tanah tersebut secara berperingkat dengan pelbagai tanaman komersil seperti getah, sawit dan buah-buahan.

“Ini tanah kami … soal menceroboh tidak timbul. Tuduhan itu merupakan fitnah,” tanyanya.

Pada 12 Disember lepas, Hariney dipanggil ke balai polis Keningau untuk disoal siasat, berhubung dengan dakwaan ‘menceroboh tanah’ yang dilakukan oleh seorang jiran petani.

Jiran petani itu mendakwa bahawa Hariney telah menceroboh tanah bergeran milik beliau.

Namun Hariney berkata, tuduhan jiran petani itu tidak betul kerana beliau memiliki dokumen yang sah mengenai pemilikan tanah tersebut.

Sebelum ini menurut Hariney, jiran petani itu telah beberapa kali bertindak kasar terhadapnya, dan ini termasuk memusnahkan ‘batu penanda’ sempedan tanah beliau.

Perbuatan jiran petani itu telah dilaporkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur Keningau, namun tidak memberi sebarang kesan kepada jiran tersebut.

“Mereka telah mengheret saya sehingga ke balai polis, dan perbuatan ini benar-benar melampau dan menghina keluarga saya,” jelasnya.

Petani muda itu turut tidak berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan, apa yang beliau sifatkan seolah-olah meletakkan mereka dipihak yang salah.

“Persoalan di sini ialah, saya dituduh menceroboh di tanah sendiri,” tambah Hariney.

Beliau memohon campur tangan Jabatan Tanah dan Ukur untuk menyelesaikan kes tersebut, sebelum sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.

“Tanah bukan segala-galanya, tetapi sebagai orang kampung, saya memerlukan tanah itu sebagai sandaran untuk mendapatkan sumber pendapatan bagi menyara keluarga,” katanya.

Balai polis Keningau dan Jabatan Tanah dan Ukur mengesahkan laporan yang telah dibuat oleh petani muda itu. NST

No comments: