KUALA LUMPUR : Ungkapan yang berbunyi, ‘Boleh bah, kalau kau’, sesuatu yang cukup popular di Sabah yang jika diterjemahkan dalam bahasa anak muda di semenanjung, ia berbunyi, ‘engko punya pasal, tak de hal lah bro’ atau dalam erti kata lain kita bersetuju atas tindakan sahabat kita itu.
Datuk Kalakau Untol, mungkin kurang dikenali sehinggalah dalam sidang akhbarnya semalam, beliau mengumumkan keluar parti, meninggalkan BN dan mengihstiharkan menyertai gagasan Pakatan Rakyat (PR).
Mantan Timbalan Menteri Persekutuan itu bukan sahaja mengejutkan penyokong PR tetapi lebih mengejutkan lagi kem BN yang baru sahaja bergembira dengan keluarnya Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahraian Hashim (istilah menariknya, Zahrain tukar Train) dan menjadi MP bebas tapi tidak mesra BN sehingga kini.

Ya, simpanan tetap BN sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sahaja.
Datuk Kalakau sehingga dua hari lalu, masih merupakan Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB), serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dan ke semua jawatan itu dilepaskannya selepas keyakinannya terhadap dasar-dasar PR.
Namun, itulah Datuk Kalakau, sanggup meninggalkan semua itu demi merakyatkan perjuangan Pakatan Rakyat seperti yang dihadirinya di Shah Alam pada tarikh keramat, 19 Disember 2009, suatu tarikh yang Zahrain sendiri tidak kelihatan.

“Pertukaran sesebuah kerajaan itu bersebab. Rakyat mengidamkan sesuatu pembaharuan sistem pentadbiran.
Rakyat mahu sesuatu transformasi dan reformasi terhadap berberapa perkara seperti sistem kehakiman yang adil,”

Malah, ialah Ahli Majlis Tertinggi PKR, yang juga Ketua Cabang, PKR Tuaran, Sabah, Tuan Hj. Ansari Abdullah turut bersama beliau pada sidang akhbar semalam.
Ansari semasa sidang akhbar itu sempat memberitahu wartawan bahawa tiga tokoh PR iaitu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru, Abdul Hadi Awang akan berada di Tuaran, Sabah pada 28 Februari ini.

No comments:
Post a Comment