JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, February 6, 2010

PR jelajah Perak memperingati setahun rampasan kuasa

oleh Nazri Abdullah

BATU GAJAH, 6 Feb: Pakatan Rakyat Perak hari ini memulakan siri jelajah ke seluruh negeri bertemu rakyat bagi memperingati semepena genapnya setahun rampasan kuasa oleh kerajaan Umno BN negeri itu.

Program jelajah ini anjuran sekreteriat Pakatan Rakyat Perak menggunakan dua buah bas, iaitu satu kumpulan akan menjelajah kawasan utara Perak bermula dari Sungai Siput hingga ke Parit Buntar dan satu lagi ke bahagian selatan bermula di Batu Gajah hingga ke Tanjung Malim.

Mereka terdiri daripada pimpinan PAS, PKR dan DAP negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pimpinan parti masing-masing di peringkat bahagian dan kawasan.

Di Pasar Awam Batu Gajah pagi tadi, antara yang hadir termasuk Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin, Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub, Adun Setiawan, Datuk Ngeh Ko Ham, Adun Tronoh, V.Sivakumar dan lain-lain kepimpinan termasuk dari Dewan Pemuda Pas Perak.

Selain bertemu masyarakat setempat, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.

Risalah berhubung kronologi rampasan kuasa oleh kerajaan BN Februari tahun lalu juga turut diedarkan.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui memberitahu tujuan program sebegitu diadakan bagi mengikatkan kembali kisah bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui rampasan kuasa yang tidak bermaruah.

"Program ini bagi mengenang peristiwa itu, jadi kita buat ini untuk memberitahu rakyat agar sentiasa ingat peristiwa rampasan tersebut," katanya.

Selain itu, ianya juga bermatlamat mengeratkan hubungan ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat disamping turun ke bawah bertemu masyarakat dan mengetahui kesusahan mereka.

Berhubung keputusan Menteri Besar Perak yang sah, yang akan diumum mahkamah 9 Februari ini, Abu Bakar memaklumkan empat buah bas akan disediakan Pakatan Rakyat Perak untuk membawa penyokong ke Putrajaya bagi mendengar keputusan itu.

No comments: