JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, February 9, 2010

IDRIS Jala Tidak Tahu bila NCR boleh selesai

KUCHING: Isu hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) merupakan antara isu yang memberi tekanan kepada rakyat di Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.Menurut beliau, makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kini berusaha untuk merungkai masalah itu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberi jangka masa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Kami yakin akan menemui penyelesaian dalam sedikit masa lagi. Setakat ini kami sedang berusaha mencari jalan untuk menangani isu-isu tanah NCR melalui makmal tanah NCR dan kami yakin pasti ada jalan penyelesaian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Idris, kaedah penyelesaian akan diumumkan apabila pasukan NKRA mencapai tahap itu. borneopost

“Isu tanah NCR sangat menekan rakyat di Sarawak dan banyak konflik timbul mengenai isu pemilikan tanah dan masalah yang dihadapi dalam membuat pinjaman untuk memajukan projek pertanian kerana kebanyakan pemilik tidak mempunyai surat milik tanah,” katanya.

Beliau berada di Kuching untuk menghadiri siri perbincancangan makmalmakmal NKRA bagi Sabah dan Sarawak.

Perbincangan yang sepatutnya berjalan selama empat minggu itu kini ditambah selama dua minggu atau lebih kerana banyak isu masih belum menemui jalan penyelesaian.

Antara makmal-makmal yang sedang berjalan adalah makmal pendidikan, makmal pembangunan ekonomi, makmal pembangunan infrastruktur, makmal pembangunan sosial dan makmal tanah NCR.

Bel iau turut memuji perkembangan perbincangan makmal NKRA bagi Sabah dan Sarawak kerana ternyata kakitangan yang terlibat prihatin dengan isu-isu yang dibincangkan dan banyak menyumbang idea-idea bernas.

No comments: