NEW YORK: Human Rights Watch menggesa Libya menghentikan sekatan terhadap YouTube serta sekurang-kurangnya tujuh laman web bebas atau pembangkang kerana ‘menghalang kebebasan akhbar’.
Menurut pertubuhan berpangkalan di New York itu, kerajaan Libya mengambil langkah ke belakang dalam usaha mengekang media secara mutlak.
Pengarah Human Rights Watch Timur Tengah, Sarah Leah Whitson, berkata sekatan itu mula dikenakan pada 24 Januari lalu, membabitkan beberapa portal berita beroperasi dari luar negara seperti Libya al-Youm, Al-Manara, Jeel Libya, Akhbar Libya dan Libya al-Mostakbal.
“Laman web yang diharamkan itu menjadi sumber berita utama warga Libya, terutama dalam isu sensitif kerana memuatkan laporan daripada wartawan dalam dan luar negara,” katanya.
Sarah berkata, lama YouTube disekat sepenuhnya selepas ia memaparkan rakaman video demonstrasi sekumpulan keluarga tahanan kerajaan di bandar Benghazi.
Rakaman visual parti dihadiri ahli keluarga pemimpin Libya, Muammar Ghaddafi, turut menjadi faktor pengharaman itu. Sementara itu, Human Rights Watch memuji inisiatif sekumpulan blogger tempatan, wartawan dan aktivis hak asasi manusia yang berkongsi proksi perkhidmatan untuk membolehkan laman web terbabit terus diakses.
Sarah berkata, Libya boleh terus menyekat maklumat kepada warganya.
“Tetapi, berita baiknya adalah, usaha itu pasti gagal,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment