JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, February 5, 2010

Hak milik Tubir Selatan masih jadi tanda tanya?

PUTRAJAYA 4 Feb. - Sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan pemilik Pulau Batu Putih dan Batuan Tengah masing-masing kepada Singapura dan Malaysia Mei tahun lalu, status satu lagi bentuk maritim iaitu Tubir Selatan (South Ledge) masih menjadi tanda tanya.

Membangkitkan isu itu, profesor politik dan pengajian antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, rakyat ingin mengetahui status perkembangan rundingan Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Singapura berkenaan hak milik Tubir Selatan.

"Perkembangan rundingan itu yang terhenti baru-baru ini perlu segera diselesaikan bagi memastikan kedaulatan kawasan milik negara terus dipertahankan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Pada 23 Mei lalu, ICJ memutuskan Batu Putih menjadi milik Singapura, sementara Batuan Tengah (Middle Rocks) yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Batu Putih, adalah milik Malaysia.

Status Tubir Selatan pula bagaimanapun diserahkan kepada negara perairan di mana pulau itu terletak.

Sehubungan itu, Malaysia dan Singapura perlu memperincikan kawasan perairan antara Batu Putih dengan Batuan Tengah serta Tubir Selatan menerusi Jawatankuasa Teknikal.

Malaysia dan Singapura telah bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama itu bagi menangani apa sahaja isu yang berbangkit ekoran keputusan ICJ berhubung tuntutan bertindih ke atas Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Mohamad Mustapha berkata, perkara utama yang perlu dibincangkan dalam rundingan itu ialah bagaimana kedua-dua negara perlu mewujudkan sistem kawalan di perairan itu selain soal kebajikan nelayan di kawasan tersebut.

"Kini perairan Singapura semakin hampir dengan negara maka bagi mengelakkan sebarang pencerobohan, Malaysia perlu ada strategi sendiri dalam aspek keselamatan," katanya.

Menurut beliau, Malaysia perlu lebih tegas menyatakan pendiriannya berhubung isu tersebut dalam usaha memastikan Tubir Selatan diberikan kepada negara.

No comments: