JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, February 5, 2010

Star edisi bahasa Malaysia hujung Februari

IPOH 4 Feb. - The Star, akhbar harian berbahasa Inggeris terbesar di Malaysia daripada segi jumlah pembaca akan melancarkan edisi bahasa Malaysia akhbar itu pada hujung bulan ini, kata Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications (M) Bhd., Datuk Clement Hii.

Beliau berkata, buat permulaan, edisi bahasa Malaysia itu akan diterbitkan sekali seminggu dan dijadikan sisipan dalam The Sunday Star iaitu edisi hujung minggu akhbar itu.

"Jika edisi bahasa Malaysia itu mendapat sambutan pembaca, kami merancang untuk menjadikannya sebagai akhbar harian di masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pejabat baru The Star di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Mahkamah,Zambry Abdul Kadir.

No comments: