JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, February 6, 2010

Kesan Perpecahan Kementerian Pendidikan

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi menyelesaikan masalah kenaikan pangkat melibatkan 8,499 pensyarah di politeknik dan kolej komuniti.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, kebanyakan aduan yang diterima daripada pensyarah berkenaan adalah berhubung kesukaran dalam proses kenaikan pangkat kerana terpaksa melalui beberapa penilaian kecemerlangan yang dianggap membebankan.

Malahan katanya, faedah dalam perkhidmatan yang diperolehi pensyarah tersebut lebih rendah berbanding guru-guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran.

"Kesemua 8,499 pensyarah itu telah berkhidmat di politeknik dan kolej komuniti sebelum kedua-dua institusi itu diambil alih oleh Kementerian Pengajian Tinggi daripada Kementerian Pelajaran pada 2008.

"Masalah yang melanda pensyarah ini amat membimbangkan kerana mampu mempengaruhi tahap ekonomi sara diri dan keluarga mereka sehingga boleh menjejaskan prestasi kerja jika tidak diselesaikan segera," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

Sementara itu, Yim Pheng berkata, ramai pensyarah dari kedua-dua institusi tersebut membantah perubahan sistem cuti daripada semester ke cuti tahunan.

Menurutnya, ini kerana pentadbir hanya meluluskan cuti semasa tiada pengajaran dan pembelajaran atas alasan kepentingan perkhidmatan.

"Jika mengambil kira kepentingan perkhidmatan maka harus dikembalikan cuti pensyarah ke cuti semester kerana dengan cara ini dapat selesaikan masalah ini," jelasnya.

Kata beliau lagi, sebelum ini pihaknya telah meminta KPT menyelesaikan isu kenaikan pangkat serta masalah cuti tersebut namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini.

No comments: