JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, February 5, 2010

EGM sampai malam

Resolusinya sebenarnya cukup mudah, menyingkirkan empat pengarah sedia ada dan melantik empat yang baru.

Malangnya, proses yang sepatutnya singkat berlanjutan sehingga lebih 12 jam sekali gus menyebabkan pemegang saham dan proksi Petra Perdana Bhd. (Petra Perdana) yang menunggu keputusan, resah, naik berang dan tidak berpuas hati.

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Petra Perdana yang diadakan hari ini menjadi salah satu mesyuarat yang paling lama pernah diadakan. EGM yang dimulakan sejak pukul 10 pagi tadi, sehinggalah berita ini tulis pada pukul 10.30 malam tidak menampakkan tanda-tanda akan berakhir.

Proses pengiraan undian sama ada menyokong atau membantah resolusi berkenaan di bawah kendalian firma audit KPMG yang bermula pukul 2.30 petang tadi, seolah-olah tiada penghujung. Malah, terdapat kebimbangan bahawa EGM itu bakal disambung esok.

Pada sepanjang EGM itu, KPMG telah mengumumkan dua kali lanjutan masa pengiraan undi. Kelewatan itu menimbulkan penuh tanya di kalangan pemegang saham, pemegang proksi serta empat orang pengarah yang cuba disingkirkan.

Dianggarkan undian itu, membabitkan lebih kurang 400 pemegang saham.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan pelabur institusi terbesar dengan pegangan 15.52 peratus saham, diikuti Lembaga Tabung Haji 10 peratus.

Tengku Ibrahim pula memiliki 1.80 peratus manakala isterinya, Datin Nariza Hajjar Hashim pula 0.04 peratus sementara dua pengarah lain, Wong Fook Heng dan Tiong Young Kong, masing-masing 0.69 dan 0.75 peratus.

Pengarah PPB, Datin Nariza Hajjar Hashim berkata, tempoh itu melebihi daripada sepatutnya.

''Ini bukan pilihan raya dan ia tidak membabitkan undi pos.

''Sama ada saya terpilih atau tidak itu sudah ketentuan Allah, tetapi apa yang saya pertikaikan adalah tempoh pengiraan," katanya.

Konflik dalaman Petra Perdana tercetus apabila beberapa pemegang sahamnya yang mahu mengadakan EGM bagi penyingkiran pengarah syarikat berkuat kuasa serta merta.

Selain Tengku Ibrahim Petra, pemegang-pemegang saham terbabit turut mencadangkan penyingkiran tiga pengarah lain termasuk Nariza iaitu isteri Tengku Ibrahim Petra, Wong Fook Heng dan Tiong Young Kong.

Mereka mencadangkan pelantikan Datuk Kho Poh Eng, Koh Pho Wat, Surya Hidayat Abdul Malik, dan Ganesan Sundaraj sebagai pengarah syarikat.

Kemelut dikatakan berpunca daripada isu pelupusan 54.62 peratus kepentingan dalam Petra Energy.

Idea untuk pelupusan itu timbul selepas pembayaran balik kepada bank telah tertunggak dua minggu dan pada masa sama syarikat juga memerlukan dana modal untuk pembayaran gaji pekerja.

Pelupusan 54.62 peratus saham Petra Energy telah dipersetujui Lembaga Pengarah berdasarkan kepada kedudukan kewangan dan unjuran aliran tunai yang bakal mengalami defisit RM40 juta hingga RM70 juta dalam tempoh setahun akan datang.

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

No comments: