JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, February 6, 2010

Tuduhan Liwat Anwar, RTM boleh siar, blogger tertakluk undang2?

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Penulis blog perlu beretika dan bertanggungjawab dalam melapor atau memberi komen berhubung perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan itu tidak kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati menulis perkara yang bersifat subjudis terhadap kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

"Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.

"Mahu tidak mahu, undang-undang akan mencekau mereka pada tahap yang tertentu. Sebelum itu berlaku, seperti yang terjadi kepada penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) baru-baru ini, haruslah mereka memperbaiki pendirian mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku biografi Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor yang bertajuk Melakar Jejak-Biografi Mohd. Yusof Noor di sini hari ini.

Perbicaraan kes liwat Anwar ke atas mangsa, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula Rabu lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ia mendapat liputan meluas media tempatan serta antarabangsa.

Rais berkata, Jabatan Peguam Negara juga sentiasa memantau laporan yang disiarkan di blog berhubung kes liwat itu sama ada ia dihuraikan secara umum atau boleh menyalahi hukum subjudis.

Dalam pada itu, Rais berkata, media terutamanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak disekat untuk terus melaporkan perbicaraan kes liwat itu demi kepentingan awam namuna ia perlu mengikut garis panduan dan peraturan mahkamah.

"Tidak mengapa untuk melaporkan perjalanan kes itu seperti yang diketahui dari mahkamah kerana ia adalah untuk kepentingan awam dan perlu diketahui ramai.

"Cuma jangan ada komen-komen mengenai baik buruknya kes itu kerana ia boleh menimbulkan subjudis sekali gus mengganggu kes tersebut," katanya.

No comments: