JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 21, 2011

Ini Bukti Negara Kebajikan Umno BN

Untuk tempoh tiga bulan mulai 1 Jun, semua pengambilan kakitangan baru dalam sektor perkhidmatan awam bagi mengantikan kekosongan jawatan yang disebabkan oleh kematian atau persaraan, tidak akan dilakukan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengambilan dan Gaji Kakitangan Awam pada 6 Mei lalu.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abu Bakar berkata demikian dalam satu pekeliling perkhidmatan awam yang diedarkan kepada seluruh jabatan baru-baru ini.

Buat masa ini terdapat 1.2 juta kakitangan awam yang berkhidmat di seluruh negara.

Arahan pembekuan pengambilan kakitangan gantian itu termasuklah pengambilan kakitangan baru untuk semua negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan persekutuan.

Bagaimanapun, Abu Bakar menjelaskan, calon-calon yang telahpun dipanggil untuk temuduga sebelum pekeliling baru itu dikeluarkan akan dibenarkan untuk terus dipertimbang untuk mengisi perjawatan berkenaan.

Abu Bakar berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam akan terus mengaudit keperluan setiap jabatan dan agensi dalam mengisi kekosongan jawatan.

No comments: