
Menurut Sapian Eri semasa prosiding tuntutannya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Kuching baru-baru, tong-tong tersebut pecah semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 6.20 petang, 12 April lalu.
Dalam tuntutannya, dia mendakwa, harga seunit tong plastik tersebut ialah RM170 dan keseluruhannya berjumlah RM2,040 sementara jumlah tambang 12 tong berkenaan pula sebanyak RM1,725.
Sapian turut menuntut bayaran tambang pengangkutan bagi membawa tong-tong berkenaan dari Jalan Ipoh ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang sebanyak RM250 dan jumlah tuntutan keseluruhannya adalah sebanyak RM4,015.
Menurutnya, semasa membuat pembayaran tambang barang-barang di kaunter No.S6 di LCCT, dia telah memaklumkan kepada petugas AirAsia bahawa barang-barang tersebut mudah pecah dan ditampalkan dengan pelekat (Fragile) bagi mengelakkan ia pecah atau rosak.

Berdasarkan rekod AirAsia, jumlah berat bagasi yang rosak adalah 59 kilogram (Exhibit D) dan pihaknya bersetuju menawarkan bayaran tuntutan sebanyak RM2,832 (iaitu RM48 x 59 kg) kepada Sapian.
Presiden TTPM, Datuk Dr. Lawrence SH Thien dalam keputusannya mengarahkan AirAsia membayar RM2,832 kepada Sapian dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah tersebut dikeluarkan.

No comments:
Post a Comment