JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, June 8, 2011

Pengarah urusan syarikat dinar emas didakwa pecah amanah

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dinar emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM3 juta, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Dr. Shamsudeen Mohd. Yusof sebagai Pengarah Urusan IGD Practise Sdn. Bhd., didakwa memindahkan wang berjumlah RM3 juta daripada akaun syarikat terbabit ke dalam akaun persendiriannya.

Lelaki berusia 49 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Maybank Cawangan KLCC, Lot C21-C, Concourse Expansion, Suria KLCC pada 16 Mac 2004 dan 17 Mac 2004.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 20 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Bapa dua anak itu hanya perlu membayar RM300,000 sebagai deposit sekuriti, bagaimanapun dia hendaklah menjelaskan RM50,000 hari ini, manakala baki RM250,000 dilunaskan sebelum atau pada tarikh sebutan kes 21 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam bela Chetan Jethwani.

No comments: