JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 7, 2011

Kaji semula pengurangan subsidi Diesel - PENESA

Nelayan yang memegang lesen C-2 yang berdaftar di bawah Persatuan Nelayan Sarawak (Penesa) merayu Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan harga subsidi diesel baharu yang disifatkan membebankan mereka.

Pengerusi Penesa, Tamrin Bustaman berkata, sebelum ini, ahli-ahli Penesa membeli diesel subsidi dengan harga RM1.25 seliter namun, sejak 1 Jun lalu ia dinaikkan ke RM1.80 seliter.

"Harga subsidi sekarang terlalu mahal dan membebankan nelayan tempatan yang sebelum ini memang bergantung dengan subsidi.

"Kami mahu Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kenaikan itu dan mengembalikan harga subsidi yang ada sekarang kepada RM1.25 seliter," katanya pada 5 Jun lalu.

Menurut Tamrin, kenaikan subsidi itu menjejaskan kira-kira 100 pemegang lesen C-2 PENESA di seluruh Sarawak khususnya nelayan di Beladin yang mempunyai kira-kira 50 hingga 60 vesel.

"Nelayan tempatan yang memegang lesen C2 pergi menangkap ikan sendiri ke laut dalam dan bukannya memberikan kepada pihak ketiga. Kenaikan harga diesel subsidi ini menjejaskan pendapatan nelayan tempatan," katanya.

Katanya, kerajaan perlu mempertimbangkan permohonan untuk mengembalikan harga diesel subsidi kerana hasil tangkapan ikan tersebut adalah untuk pasaran tempatan bukannya dieksport ke luar negara.

No comments: